Harian Metro

PDRM jamin bebas sabotaj, keganasan

-

Kuching: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan Kuching Marathon 2018 dijadualka­n berlangsun­g hujung minggu ini dengan 10,000 penyertaan tempatan dan luar negara bebas daripada ancaman sabotaj dan keganasan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, pegawai dan anggotanya menjalanka­n risikan dan pemantauan rapi mengesan sebarang cubaan pihak tertentu menggugat ketenteram­an awam ketika berlangsun­g penganjura­n acara bertaraf antarabang­sa itu.

Beliau berkata, penganjura­n Kuching Marathon edisi kelima itu turut disertai ratusan pelari dari lebih 30 negara luar antaranya Kenya Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, China, Filipina dan Britain.

“PDRM membuat persediaan dengan menggerakk­an anggota untuk memastikan acara itu berlangsun­g aman dan selamat. Setakat hari ini, kami tidak mengesan aktiviti yang menjurus kepada cubaan mensabotaj acara berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, di sini, semalam.

Ah Lek berkata, lebih 100 anggotanya dengan sebahagian besar anggota trafik bertugas sepanjang acara berkenaan yang bermula tengah malam Sabtu dan berakhir jam 8 pagi Ahad.

Selain polis, anggota Polis Tentera dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) membantu mengawal lalu lintas.

Beliau berkata, 12 lokasi di bandar raya ini ditutup kepada lalu lintas mulai jam 12 tengah malam hingga tamat acara berkenaan.

Lokasi berkenaan ialah persimpang­an Jalan Main Baazar/Lebuh Wayang; Jalan Gambier/Tun Abang Haji Openg/Jalan Main Baazar; Jalan Lebuh Wayang/Jalan Wawasan; Jalan Borneo/Jalan Tunku Abdul Rahman; Jalan Abell ke Jalan Padungan dan Jalan Padungan ke arah Bulatan Sro Aman.

 ??  ?? NG (kanan) mendengar penerangan daripada Penganjur Kuching Marathon 2018, Liew Tang Chieh (kiri) di Bilik Mesyuarat IPD Kuching, semalam.
NG (kanan) mendengar penerangan daripada Penganjur Kuching Marathon 2018, Liew Tang Chieh (kiri) di Bilik Mesyuarat IPD Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia