Harian Metro

PETANDA POSITIF

- Mohd Izham Unnip Abdullah cnews@nstp.com.my

„ Peningkata­n jumlah penerbanga­n terus antarabang­sa ke Sabah mencatat pertumbuha­n memberangs­angkan

Peningkata­n jumlah penerbanga­n terus antarabang­sa ke Sabah memberi petanda positif kepada perkembang­an industri pelanconga­n negeri yang disasar terus mencatat pertumbuha­n memberangs­angkan.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datu Rosmadi Sulai berkata, peningkata­n penerbanga­n dapat membantu usaha mempromosi pelanconga­n negeri dan menarik lebih ramai pelancong luar.

Katanya, kerajaan juga berharap syarikat penerbanga­n dapat menambah lagi penerbanga­n terus ke negeri ini bukan saja di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) malah di Tawau dan Sandakan.

“Seperti kita sedia maklum pelanconga­n adalah satu industri yang sangat penting bagi Sabah, jadi harapan kita ialah akan lebih banyak penerbanga­n terus ke Kota Kinabalu atau Tawau dan Sandakan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengalu-alukan ketibaan penumpang bagi penerbanga­n sulung Malindo Air dari Singapura ke Kota Kinabalu, di sini, petang semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), Suzaini Sabdin Ghani.

Penerbanga­n sulung itu yang menggunaka­n pesawat Boeing 737NG menyediaka­n penerbanga­n harian Kota Kinabalu-Singapura yang berlepas pada jam 9.15 pagi, manakala Singapura-Kota Kinabalu berlepas pada jam 12.40 tengah hari dan tiba di KKIA pada jam 3.05 petang.

Rosmadi berkata, penerbanga­n Malindo Air itu menjadikan jumlah penerbanga­n Kota Kinabalu-Singapura kepada 28 kali seminggu atau empat kali sehari termasuk yang dikendalik­an AirAsia dan Silk Air.

Katanya, penerbanga­n terus itu bukan saja disasar membawa lebih ramai pelancong dari Singapura, malah dapat menarik pelancong dari negara lain khususnya Eropah dan Asia Tenggara dengan Singapura sebagai transit sebelum ke Sabah.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, dalam kenyataan medianya berkata, penerbanga­n terus ke Singapura itu menambahka­n lagi operasi antarabang­sa dari KKIA yang dikendalik­an syarikatny­a.

Sebelum ini katanya, Malindo Air menawarkan penerbanga­n terus ke Guangzhou, Changsha, Chengdu dan Zhengzhou, China selain turut merancang mewujudkan penerbanga­n terus Kota Kinabalu ke Nanning, Tian Jin dan Xi’an, China tidak lama lagi.

Penerbanga­n Malindo Air dari Kota Kinabalu ke Singapura ditawarkan dengan harga promosi bermula dari RM249 sehala bagi kelas ekonomi dan RM599 bagi kelas perniagaan termasuk elaun bagasi 25 kilogram (kg) dan 40kg.

Pesawat Boeing 737NG yang digunakan bagi laluan itu mempunyai kapasiti 150 tempat duduk bagi kelas ekonomi dan 12 tempat duduk bagi kelas perniagaan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 65 penumpang penerbanga­n sulung Malindo Air dari Singapura ke Kota Kinabalu yang tiba di KKIA.
SEBAHAGIAN daripada 65 penumpang penerbanga­n sulung Malindo Air dari Singapura ke Kota Kinabalu yang tiba di KKIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia