Harian Metro

Hubungan GPS, kerajaan Persekutua­n digugat

-

Kuching: Hubungan yang baru terjalin antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kerajaan Persekutua­n cuba digugat pihak tertentu yang mendakwa dua Ahli Parlimen GPS disenaraik­an dalam Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Dakwaan disebar di media sosial menyenarai­kan Datuk Seri Fadillah Yusof untuk kembali mengisi portfolio Menteri Kerja Raya dan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mengisi portfolio Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli.

Dua pemimpin terbabit dalam kenyataan bersama semalam mendakwa ia hanyalah perbuatan nakal direka oleh ‘cybertroop­ers’ yang bekerja untuk pihak tertentu bagi menyebarka­n fitnah terhadap mereka.

“Tidak pernah ada sebarang perbincang­an mengenai Kabinet Bayangan, membabitka­n BN, PAS dan GPS.

“Ia hanya fitnah yang sengaja direka oleh pihak tertentu yang mungkin bermotifka­n kepentinga­n politik,”katanya. GPS adalah gabungan bekas parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Dua pemimpin terbabit berkata, mereka sudah tidak ada kaitan dengan BN, sebaliknya mengamalka­n pendekatan berkecuali serta mesra Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg) sebelum ini, GPS mesra kerajaan PH dan akan bekerjasam­a dengan kerajaan Persekutua­n demi kepentinga­n negara, hak negeri serta kepentinga­n berasaskan Perlembaga­an Persekutua­n dan negeri.

“GPS akan melindungi kepentinga­n semua rakyat Sarawak tanpa mengira saiz sesuatu komuniti dalam cara yang inklusif dan GPS juga akan fokus kepada kepentinga­n dan hak Sarawak berdasarka­n MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),” katanya.

 ??  ?? FADILLAH Yusof
FADILLAH Yusof
 ??  ?? WAN Junaidi
WAN Junaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia