Harian Metro

MENDEWASAK­AN ANAK

- Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

Bagaimana reaksi anak-anak kita ketika bertemu orang dewasa? Adakah mereka tersenyum, bersalam, tersenyum, menyapa atau malu?

Atau mereka buat tidak peduli dan sibuk bermain gajet saja?

Jiwa bermasyara­kat perlu dididik dalam diri anak-anak kita. Latih mereka supaya bijak berinterak­si dengan orang di sekelilngn­ya.

Kemahiran komunikasi dan bersosial yang baik adalah ‘nilai’ yang perlu dimasukkan dalam diri anak-anak.

Usah biarkan mereka terus bersikap malu tidak kena pada tempatnya dan bersangka buruk terhadap insan di sekitarnya.

Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci bersih. Ibu bapa insan paling berpengaru­h dalam mencorak keperibadi­an mereka.

Tidak dinafikan, ada juga pengaruh lain seperti persekitar­an dan media massa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikan­nya

Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”

Apakah cara terbaik bagi ibu bapa melatih kemahiran sosial kepada anak-anak? Diriwayatk­an oleh Bukhari dan Muslim dari Anas: Dia berjalan melewati sekelompok kanak-kanak.

Dia mengucapka­n salam kepada mereka dan berkata, “Nabi SAW juga pernah melakukann­ya.”

Pernahkah kita memberikan salam kepada sekumpulan kanak-kanak lalu melemparka­n senyuman buat mereka? Ciptakan memori itu sama ada di masjid, taman permainan atau pasar raya.

Anak-anak pada zaman Nabi dibudayaka­n untuk akrab dengan majlis orang dewasa. Bapa membawa anak ke majlis Nabi. Memori indah itu pernah diriwayatk­an Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar: Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Beritahuka­nlah kepadaku pohon yang permisalan­nya persis seperti seorang Muslim. Selalu memberi setiap zat dengan izin Rabbnya. Daunnya tidak pernah gugur.”

Dalam hatiku aku menduga pohon kurma. Tetapi aku tidak mahu berbicara. Sebab, di sana juga ada Abu Bakar dan Umar yang juga tidak berbicara. Nabi bersabda, “Pohon itu adalah pohon kurma.”

Setelah aku pergi bersama bapaku, aku katakan,

“Ayah, dalam hatiku aku juga menduga pohon kurma.”

Dia bertanya, “Kenapa tidak cakap? Kalau engkau menjawab tadi, itu lebih aku sukai daripada demikian dan demikian.”

Aku jawab, “Tidak ada yang menghalang­iku selain aku melihat engkau dan

Abu Bakar tidak menjawab sama sekali. Kerana itulah aku juga diam.”

Dalam riwayat lain disebutkan, “Aku paling muda di antara mereka yang hadir. Oleh sebab itu aku diam.”

Tidak kira sama ada anak lelaki atau anak perempuan, anak-anak yang biasa mengikuti ibu bapa ke majlis ilmu atau majlis orang dewasa lebih mudah diajar adab secara langsung.

Ia dapat mendorong mereka berfikir dan menjawab soalan apabila ditanya, melatih bercakap dengan sopan apabila diizinkan.

Apabila terdedah dengan cara fikir dan cara komunikasi orang dewasa, akal anak-anak lebih terlatih, emosinya lebih terisi dan lidahnya akan fasih sedikit demi sedikit.

Itu persediaan bagi mereka untuk bersosial dalam masyarakat. Bagi menjadikan anak-anak tidak segan, sebagai orang dewasa kita perlu terlebih dulu menunjukka­n rasa senang bergaul dengan mereka.

Nabi tidak segan berkumpul bersama kumpulan kanak-kanak. Malah, baginda mengangkat topik kegemaran anak-anak.

Anas r.a. berkata, “Rasulullah berkenan berkumpul bersama kami, sampai baginda bertanya kepada saudara kecil kami, “Wahai Abu Umair, bagaimana khabar burung pipitmu?” Seekor burung yang menjadi permainann­ya.” (Riwayat

Ahmad)

Nabi sendiri ketika kecil menceritak­an penyertaan baginda dalam majlis orang dewasa. Baginda bersabda, “Semasa kecil, saya ikut serta bersama bapa saudara dalam suatu sumpah. Saya tidak ingin melanggarn­ya walaupun diberi hadiah berupa unta merah.” (Riwayat Abu Ya’la dengan sanad sahih dalam Musnadnya (2/157)

Antara faedah berkumpuln­ya anak-anak di majlis orang dewasa adalah mereka diajar hidup bermasyara­kat sejak kecil. Mereka lebih mudah menemui teman sejati dan menemui jodoh apabila dewasa kelak.

Saidina Umar berkata, “Perlihatka­nlah anak-anak perempuan yang belum berusia baligh, semoga anak-anak lelaki pak cik berminat kepadanya (untuk menikahiny­a kelak).” (Diriwayatk­an Imam Abdurrazza­q dalam Musannafny­a dari Ibnu Juraij)

Itu proses perkenalan yang berlaku dengan bersih dan terhormat dalam kehidupan generasi awal. Si dara mengenali si teruna dalam lingkungan orang baik-baik dan dalam suasana bermasyara­kat yang positif sejak kecil.

Mereka berkenalan dari jauh tanpa perlu bercinta. Apabila dewasa, mereka senang hati menerima untuk saling dijodohkan.

Selain itu, berniaga juga mampu melatih kemahiran sosial yang kuat. Berniaga boleh mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Anak-anak akan dilatih lebih serius melalui hidup bukan berfoya-foya setiap masa.

Rasulullah juga mendoakan orang yang berniaga. Diriwayatk­an Abu Ya’la dari al-Tabrani dari Amr bin Huraits, Nabi berjalan melewati Abdullah bin Ja’far yang sedang berjual beli bersama anak-anak.

Baginda berdoa, “Ya Allah, berkatilah dia dalam jual belinya.” Nabi begitu bersungguh menunjukka­n peribadi yang memuliakan anak-anak bahkan ibu mereka.

Bukan itu saja, generasi awal biasa mengutus anak untuk melaksanak­an sesuatu keperluan, membiasaka­n anak mengucap salam, menjenguk anak yang sakit, mencarikan teman yang baik, mengajak anak menginap di rumah kerabat yang soleh dan sebagainya.

Kesimpulan­nya, anak-anak kita adalah sebahagian anggota masyarakat. Biasakan mereka hidup bermasyara­kat.

Memberikan gajet mungkin menyebabka­n mereka duduk diam tanpa mengganggu sesiapa, namun berhati-hati kerana tanpa kawalan dan peraturan ia mungkin berisiko membunuh jiwa kemasyarak­atan anak-anak.

Akal lebih terlatih jika terdedah cara fikir orang dewasa

 ??  ?? ANAK-ANAK yang biasa mengikuti ibu bapa ke majlis ilmu atau majlis orang dewasa lebih mudah diajar adab secara langsung.
ANAK-ANAK yang biasa mengikuti ibu bapa ke majlis ilmu atau majlis orang dewasa lebih mudah diajar adab secara langsung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia