Harian Metro

SOROK ISTERI ELAK DIGANGGU

Peraih getah bawa isteri ketiga, mentua pindah akibat tidak tahan disindir masyarakat

- Sharifah Mahsinah Abdullah news@nstp.com.my

Tidak tahan melihat isteri terus dihina dan dipinggirk­an masyarakat setempat, seorang peraih getah terpaksa memindahka­n kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikahwinin­ya itu ke kawasan pedalaman sejak minggu lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu berkata, isterinya bersama ibu bapa mentua ditempatka­n di sebuah rumah dalam kebun getah di Gua Musang.

“Selepas berita perkahwina­n kami tular, isteri bukan saja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarka­n kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.

“Tidak tahan melihat isteri dan mentua diperlakuk­an sedemikian, saya memindahka­n mereka ke kebun getah di kawasan pedalaman.

“Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap har saya terpaksa berulang-alik menghantar bekalan makanan serta perbelanja­an harian,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu berharap, tiada lagi gangguan masyarakat terhadap isteri dan keluargany­a selepas ini.

“Walaupun terpaksa berulang-alik jauh dengan memandu berjam-jam, bagi saya kegembiraa­n dan keselamata­n isteri serta keluargany­a adalah keutamaan buat masa ini,” katanya.

Ditanya mengenai keengganan isterinya belajar di sekolah pondok pula, katanya, dia akan terus berusaha memujuk isteri ketiganya yang berasal dari Thailand itu.

“Saya tidak akan berputus asa dan terus berdoa supaya suatu hari nanti, dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangk­an dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PERAIH getah bawa isteri dan mentua berpindah jauh daripada penduduk.
PERAIH getah bawa isteri dan mentua berpindah jauh daripada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia