Harian Metro

DERMA POKET SENDIRI

„ Yayasan IJN dedah taktik segelintir ibu bapa jaja kisah duka lara anak di laman sosial demi mendapatka­n wang dengan mudah

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

> Yayasan Institut Jantung Negara mendedahka­n ada ibu bapa menjaja derita sakit anak di laman sosial untuk meraih sumbangan.Ada anak yang sudah dua tahun meninggal tetapi ibu bapa masih merayu bantuan. Ada yang beli rumah dan kereta baru sedangkan anak dibawa jumpa bomoh saja, lapor Syazwan Msar

Sanggup ‘jual’ derita anak demi mendapatka­n wang daripada orang ramai. Itu antara taktik yang dilakukan segelintir ibu bapa yang sanggup menjaja kisah duka lara anak mereka di laman sosial demi meraih simpati seterusnya mendapatka­n wang dengan cara mudah.

Malah, ada antara ibu bapa sanggup menjaja cerita kepada orang ramai konon anak mereka memerlukan bantuan walaupun hakikatnya wang sumbangan untuk rawatan kanak-kanak berkenaan mencukupi malah ada yang sudah meninggal dunia tetapi ibu bapa masih mengambil wang sumbangan orang ramai.

Tindakan tamak itu dikesan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) yang menerima 20 kes membabitka­n penipuan meminta sumbangan kegunaan peribadi.

Antara kes yang dikesan termasuk ibu bapa bayi berusia enam bulan yang masih lagi meminta derma daripada orang ramai dengan memperoleh puluhan ribu ringgit menerusi taktik berkenaan walaupun anak

Kuala Lumpur: mereka sudah dua tahun meninggal dunia.

Ibu bapa bayi terbabit berusia sekitar 20-an masih lagi aktif menjaja cerita mengenai kesengsara­an serta kepayahan mereka untuk menjelaska­n bayaran rawatan walaupun anak sulungnya itu sudah menghadap Ilahi.

Pengurus Yayasan IJN Ritzzawati Rosli Mohd Rosli berkata, itu antara aduan diterima pihaknya sejak kebelakang­an ini membabitka­n tindakan tidak bertanggun­gjawab ibu bapa dan penjaga pesakit jantung yang sanggup menipu orang ramai demi mendapatka­n wang dengan cara mudah.

Beliau berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut mengenai perkara terbabit dan mendapati ibu bapa sendiri mengutip derma daripada orang ramai kononnya mahu menampung kos rawatan jantung anaknya berusia enam bulan.

“Selepas kami melakukan semakan termasuk mendapatka­n maklumat daripada doktor yang merawat anak mereka, memang mengejutka­n apabila mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia dua tahun lalu.

“Malah, tiada sebarang kos tambahan perlu dibayar ibu bapa bayi berkenaan sebelum itu namun mereka tetap mengutip derma daripada orang ramai menerusi Facebook dan WhatsApp,” katanya, ketika ditemui.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga ada menerima aduan berkaitan ibu bapa mengutip derma melebihi jumlah sepatutnya sebelum wang lebihan digunakan untuk perbelanja­an sendiri.

“Kami mendapat maklumat ibu bapa pesakit berkenaan menggunaka­n wang sumbangan daripada orang ramai untuk membeli rumah dan kereta baharu walaupun diikutkan mereka bukanlah daripada golongan yang mempunyai sumber pendapatan banyak.

“Tindakan itu jelas memperliha­tkan ibu bapa sanggup menggunaka­n anak mereka yang sakit untuk memperoleh wang daripada orang ramai.

“Sepatutnya kos rawatan RM30,000 namun mereka memberitah­u orang ramai bahawa memerlukan dana lebih

RM100,000 dan lebihan itu digunakan untuk perbelanja­an sendiri,” katanya.

Katanya, satu lagi aduan membabitka­n pasangan dari negeri pantai timur apabila mereka secara tiba-tiba gagal dikesan selepas enggan meneruskan pembedahan jantung berlubang anak mereka yang berusia lima tahun.

“Situasi terbabit yang berlaku awal tahun lalu apabila ibu bapa berkenaan berusia lingkungan 20-an meminta sumbangan orang ramai menerusi laman sosial, media dan kenalan rapat.

“Sebaik berjaya mengumpul wang sumbangan mencecah RM100,000, secara tiba-tiba ibu bapa kanak-kanak itu enggan meneruskan rawatan kononnya mahu mencuba rawatan tradisiona­l,” katanya.

Ritzzawati berkata, walaupun pihaknya meminta ibu bapa berkenaan hadir dan menggunaka­n wang itu untuk membiayai kos rawatan namun sehingga hari ini tiada maklum balas daripada mereka.

Selain itu, menurutnya terdapat juga kes apabila ibu bapa meminta kos pembedahan dikurangka­n walaupun mereka sudah berjaya mengutip dana yang diperlukan daripada orang ramai.

“Kos pembedahan RM50,000 dan ibu bapa terbabit berjaya mengutip menerusi sumbangan orang ramai namun sebaik mahu melakukann­ya secara tiba-tiba mereka minta kos dikurangka­n.

“Alasan yang diberikan kerana mahu menggunaka­n kira-kira RM10,000 untuk perbelanja­an lain dan mahu Yayasan IJN tampung selebihnya walaupun hakikat mereka sudah berjaya mengutip dana yang diperlukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia