Harian Metro

Mourinho yakin Pogba tak pindah

-

Jose Mourinho menegaskan Paul Pogba kekal gembira dan penuh motivasi di Manchester United, meskipun terdapat laporan yang menyatakan bintang dari Perancis itu mahu menyertai Barcelona.

Susulan musim panas positif yang menyaksika­n dia membantu Perancis menjuarai Piala Dunia, masa depan Pogba di United menjadi subjek utama spekulasi dalam pasaran pemindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak minggu lalu.

Difahamkan, tahap kesangsian pegawai di United terhadap ejen berprofil tinggi Pogba, Mino Raiola semakin memuncak, apatah lagi mereka menyalahka­nnya selepas tersebarny­a laporan mengenai pelanggann­ya itu yang mahu bermain di Barcelona.

Bekas pemain tengah Juventus itu adalah antara segelintir pemain United yang kembali menjalani latihan pra musim Isnin lalu, selepas negara mereka mara ke pentas akhir Piala Dunia.

Namun, Mourinho menegaskan pada ketika itu, beliau sendiri berbincang dengan Pogba dan mengingatk­annya mengenai perlawanan kompetitif pertama pasukan, dan pengendali berkenaan gembira dengan sikap ditunjukka­n.

“Jangkaan saya adalah dia tiba pada Isnin, gembira, bangga dengan keinginan untuk bekerja,” kata Mourinho.

“Dia bekerja dengan begitu menakjubka­n pada Isnin, Selasa dan Rabu. Dia adalah antara pemain yang bercakap untuk melihat tahap fizikal dan mental.

“Apapun, ia adalah satu perbualan sama seperti dengan (Ashley) Young, (Marouane) Fellaini, (Jesse) Lingard, ia sama saja. Untuk tahu bagaimana dengan keadaan serta persiapan fizikal, mental bagi membolehka­n kami membantu mereka.

“Saya lihat dia sangat baik, tetapi kami perlu berbincang dengan kumpulan kecil itu bagi melihat sekiranya kami saling boleh membantu. - AFP

 ??  ?? POGBA dikaitkan dengan perpindaha­n ke Barcelona.
POGBA dikaitkan dengan perpindaha­n ke Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia