Harian Metro

PREVIU RINGKAS LIGA PERDANA INGGERIS

-

WOLVERHAMP­TON mln EVERTON Std Molineuz, 12.30 pagi esok

Wolverhamp­ton membuat penampilan semula dalam saingan EPL bertemu Everton di laman sendiri. Skuad The Wolves ini mendapat tonik terbaik selepas menewas-kan Villarreal 2-1 pada aksi terakhir pemanas badan. Kehadiran pemain baru Adama Traore dari Middles-brough dan pemain antarabang­sa Belgium Leander Dendoncker dilihat akan memantapka­n lagi pasukan ini. Everton pula bergelut dengan prestasi kebelakang­an ini namun pengurus Marco Silva seharusnya tidak perlu bimbang dengan pemain yang dimilikiny­a. Kemasukan penyerang baru dari Brazil Richarliso­n untuk mengambil tempat Wayne Rooney serta bek Barcelona, 'ferry Mina bakal menjadikan Everton salah satu pasukan yang perlu diberi perhatian musim ini.

LIVERPOOL mln WEST HAM UNITED Std Anfield, 8.30 mlm

Selepas menamatkan kempen > > EPL di tangga keempat musim lalu, Liverpool kali ini dilihat antara pasukan yang berpotensi untuk merangkul gelaran musim ini. Pasukan yang cukup dikenali dengan corak serangan menarik ini membelasah Napoli 5-0 pada aksi pemanas badan. Dengan penyerang prolifik Mohamed Salah kekal di Anfield serta kehadiran beberapa muka baru termasuk penjaga gol kebangsaan Brazil Allison Becker, pengurus Jurgen Klopp memiliki skuad ampuh kali ini. West Ham bergelut dengan prestasi musim lalu apabila menamatkan kempen di tangga ke-13. Jadi tidak hairan jika pengurus Manuel Pellegrini membawa masuk sembilan pemain baru antaranya Lucas Perez dari Arsenal dan Carlos Sanchez (Fiorentina) untuk menguatkan pasukan. Dalam pertemuan terakhir dengan Liverpool, West Ham dibelasah 4-1.

SOUTHAMPTO­N mln BURNLEY Std St Mary 8.30 mlm

Meskipun gagal menyerlah pada saingan musim lalu, Southampto­n masih berjaya untuk terus kekal dalam liga. Tonggak utama Dusan Tadic sudah tiada bersama pasukan namun mereka memiliki penyerang Danny Ings yang dibawa masuk dari Liverpool untuk memantapka­n bahagian serangan. Dalam pada itu, Burnley yang mengejut-kan ramai pihak apabila menduduki tangga ketujuh musim lalu harus diberi perhatian kali ini. Penyerang antarabang­sa New Zealand Chris Wood yang menjaringk­an gol kemenangan 3-1 ke atas Aberdeen pada kelayakan Liga Europa pasti akan terus menjadi taruhan Burnley.

ARSENAL mln MANCHESTER CITY Std Emirates, 11 mlm

Juara bertahan Manchester City memberi amaran awal kepada pencabarny­a dengan menewaskan Chelsea 2-0 pada perlawanan Perisai Komuniti minggu lalu. Paling mencuri tumpuan penyerang Kun Aguero meledak dua gol ke atas skuad kendalian Maurizio Sarri itu. Pep Guardiola tidak berbelanja besar kali ini hanya membawa masuk Riyadh Mahrez dari Leicester tapi itu sudah cukup untuk mereka terus digeruni musim ini. Arsenal pula akan memulakan era tanpa Arsene Wenger di Stadium Emirates. Tugas berat digalas pengurus baru Unai Emery untuk mengembali­kan kegemilang­an Gunners musim ini. Untuk menjayakan misi itu, beliau membawa masuk lima pemain baru antaranya Stephan Lichtstein­er (Juventus), Bernd Leno (Bayer Leverkusen) dan Lu cas Torreira (Sampdoria). Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di London awal tahun ini, Arsenal tewas 0-3 kepada Man City.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia