Harian Metro

SIASATAN JITU

Orang dalam disyaki bantu rompak dadah di stor JKDM

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Polis Kontinjen Negeri Sembilan melakukan siasatan membabitka­n pelbagai sudut dan kemungkina­n dalam usaha menyelesai­kan kes rompakan dadah di stor penyimpana­n barang kes Cawangan Narkotik, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan, Nilai, Ahad lalu (5 Ogos).

Antara kemungkina­n disiasat adalah rompakan dilakukan dengan bantuan orang dalam berikutan tujuh individu bertopeng menaiki tiga kenderaan menyasarka­n kontena yang mengandung­i dadah tanpa menggeleda­h tempat lain.

Pergerakan tujuh individu itu yang melarikan 60 kotak mengandung­i dadah dan inai selepas memecahkan kontena disasarkan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di premis terbabit.

Hasil pemerhatia­n Harian Metro di lokasi kejadian mendapati kontena dijadikan stor penyimpana­n barang kes itu diletakkan di tepi jalan utama manakala tahap kawalan pula sangat longgar.

Tinjauan selepas kejadian juga mendapati lokasi itu tidak dikawal Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA).

Ia sekali gus bercanggah dengan kenyataan Ketua Pengarah JKDM,

Datuk Seri Subromania­m

Tholasy yang memaklumka­n pasukan COBRA dikerah ke lokasi berkenaan sebagai langkah memperketa­tkan lagi kawalan selepas rompakan berlaku.

Rangkaian jalan raya sekitar kampung berhampira­n umpama bonus kepada penjenayah yang menggunaka­n kelebihan itu untuk melarikan diri bersama kotak disasarkan dalam tempoh 15 minit saja.

Persoalann­ya adakah dadah yang bernilai jutaan ringgit hanya dikawal dua pengawal keselamata­n saja?

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, maklumat ada orang dalam yang memberi input mengenai kontena yang mengandung­i dadah antara petunjuk diteliti pihaknya.

“Hasil soal siasat mendapati keterangan mereka sedikit meragukan. Oleh itu, kami menahan dua anggota JKDM bertugas pada hari kejadian untuk membantu siasatan.

“Kami juga menyiasat sama ada rompakan dilakukan sindiket dadah atau pihak berkepenti­ngan lain. Sekarang sukar untuk buat rumusan hingga siasatan dan semua suspek dikenal pasti dicekup,” katanya.

Noor Azam berkata, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan nilai sebenar dadah berkenaan, kerana daripada 60 kotak dilarikan penjenayah, tidak semua mengandung­i bahan terlarang itu.

“Berdasarka­n anggaran semasa, nilai satu kilogram (kg) heroin adalah RM165,000 manakala satu kg ketamin pula RM50,000,” katanya.

Ditanya sama ada lokasi berkenaan sesuai sebagai tempat penyimpana­n barang kes, Noor Azam berkata, kejadian berlaku di dalam premis milik JKDM.

Berikutan itu, JKDM seharusnya mengambil langkah pencegahan dan keselamata­n dalam memastikan barang kes disimpan di lokasi itu terjamin.

 ?? MOHD HELMI IRWADI ?? KONTENA di stor penyimpana­n barang Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan, Nilai.
MOHD HELMI IRWADI KONTENA di stor penyimpana­n barang Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan, Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia