Harian Metro

Rafi, Raja Nazmi mampu jadi pencabar

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

hampir sama dengan saingan Olimpik memandangk­an negara yang mendominas­i gimnastik artistik - China, Korea Selatan dan Jepun akan turut serta sementara penguasaan negara Asia Tengah seperti Uzbekistan dan Kazakhstan dalam sukan gimrama tidak boleh disangkal.

Pengurus pasukan, Noor Hasleen Fatihin Hasnan berkata, buat kali pertama, negara menghantar skuad lelaki yang penuh untuk menyertai acara berpasukan lelaki gimnastik artistik bagi memberi pendedahan kepada gimnas negara untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Doha pada Oktober depan.

“Kejohanan Dunia kali ini penting kerana ia medan kejohanan pertama bagi kelayakan ke Olimpik 2020 dan platform yang bagus untuk kami lihat peluang dalam acara berpasukan lelaki. acara individu,” katanya kepada Sukan NSTP.

Hasleen berkata, temasya kali ini penting bagi melihat ranking sebenar gimnas lelaki dan wanita negara.

“Jika gimnas negara dapat melayakkan diri ke pusingan akhir bagi kami ia satu kejayaan,” katanya dengan pencapaian pada temasya lalu menyaksika­n Farah Ann Abdul Hadi menduduki tempat ketujuh.

Mengenai sukan gimrama, Hasleen berkata, pencapaian yang baik pada Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu dengan satu emas, tiga perak dan tiga gangsa melayakkan skuad gimrama negara menghantar skuad penuh di bawah kategori A.

“Saingan gimrama pula memang sukar dengan kebanyakan peserta dari negara bekas Russia, Uzbekistan dan Kazakhstan semuanya bertaraf dunia. Namun gimnas kami akan mempamerka­n persembaha­n yang terbaik nanti,” katanya. Kuala Lumpur: Walaupun tidak diletakkan sebarang harapan tinggi namun pasangan bola tampar pantai negara, Rafi Asruki Nordin-Raja Nazmi Saifuddin Raja Hussin mampu menjadi pencabar utama pada saingan Sukan Asia Indonesia 2018.

Pengurus pasukan, Ardhi Ismail berkata, pasangan itu yang menghuni ranking ke-327 dunia melakukan persiapan rapi bagi menghadapi temasya terbesar Asia itu apabila menyertai enam kejohanan antarabang­sa sebelum ini.

“Sebenarnya pasukan bola tampar pantai ini baru diaktifkan semula tahun ini. Jadi, masih banyak latihan terutama bagi membentuk persefaham­an antara gandingan dua ‘R’ (Rafi-Raja Nazmi) untuk menjadi lebih baik.

“Dalam hal ini, MAVA (Persatuan Bola Tampar Malaysia) banyak membantu dari segi pembanguna­n pemain pelapis, latihan dan sokongan moral. Walaupun kami tidak diletakkan harapan tinggi, namun mereka boleh memberi saingan yang sengit kepada setiap lawan,” kata Ardhi.

Enam kejohanan yang disertai Rafi-Raja Nazmi sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia kali ini adalah Jelajah Indonesia, Siri Jelajah Dunia di Langkawi, Siri Jelajah Dunia di Santun, Thailand, Jelajah Asia Terbuka Samila, Siri Jelajah Dunia Singapura dan Jelajah Jepun di Fukuoka.

“Dalam setiap kejohanan mereka menunjukka­n peningkata­n prestasi. Bagi saya ini sesuatu yang cukup baik memandangk­an mereka pun baru dibentuk tahun ini,” kata Ardhi.

Malaysia hanya menghantar gandingan lelaki pada edisi kali ini bermula 19 Ogos hingga 1 September di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno di Jakarta.

Gandingan negara menunjukka­n peningkata­n pencapaian yang baik berdasarka­n tiga edisi sebelum ini apabila menamatkan saingan di tempat ke-17 pada 2006 di Doha sebelum memperbaik­i kedudukan itu dengan mengakhiri kempen di tempat kesembilan pada 2010 di Guangzhou dan 2014 di Incheon.

 ??  ?? JEREMIAH sasar aksi terbaik di Sukan Asia.
FARAH Ann
JEREMIAH sasar aksi terbaik di Sukan Asia. FARAH Ann
 ??  ?? RAFI (kiri) giat menjalani latihan.
RAFI (kiri) giat menjalani latihan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia