Harian Metro

2 BERADIK KORBAN SUNGAI BALOK

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz cnews@nstp.com.my

“Ini kali pertama mereka mandi di pantai berkenaan kerana sebelum ini saya melarang pergi ke sana, namun tidak sangka ia berakhir dengan meragut nyawa kedua-dua anak saya,” kata Wan Norhuda Wan Chik, 41, ibu kepada dua beradik yang lemas di muara Sungai Balok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, dan adiknya, Muhammad Hafizul Iman, 9, lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka.

Wan Norhuda berkata, dia tidak menyedari bila anak kelima dan keenamnya itu keluar dari rumah dan menyangka mereka hanya bermain di sekitar kawasan rumah.

“Memang menjadi tabiat mereka keluar bermain pada waktu petang bersama rakan dan pulang sebelum Maghrib, namun tidak menyangka mereka mandi di pantai berkenaan.

Dua beradik lemas ketika mandi di muara Sungai Balok

“Lebih kurang jam 7 malam, ada jiran datang dan meminta saya pergi ke pantai, ketika itu terdetik di hati ada sesuatu menimpa mereka,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, malam kelmarin.

Katanya, sebaik tiba dia melihat mayat Muhammad Amirul Mukminin terbaring di tepi pantai manakala anak bongsunya masih hilang.

Mayat Muhammad Amirul Mukminin ditemui orang awam jam 6 petang 500 meter (m) dari pantai manakala mayat adiknya ditemui jam 8.40 malam 100 m dari lokasi mayat abangnya ditemui.

Dalam pada itu, kakak mangsa, Nur Athirah, 14, berkata dua adiknya yang juga murid Sekolah Kebangsaan Balok, di sini, menjadi penyeri dalam keluarga dan kehilangan mereka amat dirasai.

“Mereka amat rapat memandangk­an hanya mereka anak lelaki dalam keluarga, sering keluar dan bermain bersama.

“Namun, saya tidak menyangka mereka juga ‘pergi’ bersama, walaupun sedih namun saya reda dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata, pihak sekolah sedia menguruska­n soal tuntutan insurans kedua-dua mangsa bagi meringanka­n beban keluarga.

Ada jiran datang dan minta saya pergi ke pantai, ketika itu terdetik di hati ada sesuatu menimpa mereka Wan Norhuda Wan Chik

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga menenangka­n Wan NorHuda ketika ditemui di Unit Forensik HTAA.
AHLI keluarga menenangka­n Wan NorHuda ketika ditemui di Unit Forensik HTAA.
 ??  ?? MAYAT Muhammad Amirul Mukminin dan Muhammad Hafizul Iman dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat.
MAYAT Muhammad Amirul Mukminin dan Muhammad Hafizul Iman dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia