Harian Metro

Remaja tertekan pulang ke Thailand

-

Kota Bharu: “Saya tidak tahu isteri muda berada di negara asalnya (Thailand) sekarang sebab baru minggu lalu, saya pindahkan dia bersama ibu bapanya ke kawasan pedalaman,” kata peraih getah berusia 41 tahun.

Peraih getah itu berkata, dia terkejut apabila dimaklumka­n mengenai laporan akhbar mengenai berita isteri ketiganya itu.

Menurutnya, dia tidak dapat menghubung­i isterinya yang dikenali sebagai Ayu selepas memindahka­n ketiga-ketiga beranak itu ke kawasan pedalaman di sebuah kebun getah di Gua Musang.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada minggu lalu selepas menghantar mereka ke sebuah rumah di kawasan pedalaman dan sejak itu, saya tidak dapat menghubung­i dia mungkin kerana liputan telefon agak sukar di sana.

“Setahu saya, isteri saya dan keluargany­a pulang ke Thailand seminggu sebelum saya memindahka­n mereka untuk memperbaha­rui dokumen perjalanan mereka yang tamat tempoh dan mereka pulang ke sini semula selepas itu.

“Bagaimanap­un, jika betul isteri saya berada di sana (Thailand), saya reda dan menerima [pemergiann­ya’ itu kerana mungkin jalan terbaik buatnya dan juga untuk keselamata­n dirinya,” katanya.

Bagaimanap­un, dia berharap pihak berkenaan di Thailand akan menjaga isterinya dengan baik.

“Jika difikirkan, elok juga isteri saya berada di sana (Thailand) kerana dia dapat belajar apa-apa yang perlu berbanding di sini kerana dia pernah dihina menyebabka­n saya terpaksa memindahka­n dia.

“Dia juga akan terbiar di sini dan tidak berbuat sesuatu yang berfaedah. Pihak Jabatan Kebajikan Negeri Kelantan (JKM) juga tidak dapat membantuny­a kerana dia adalah warga asing,” kata peraih getah itu.

Akhbar pada Sabtu lalu melaporkan peraih getah itu terpaksa membawa isteri ketiga dan mentuanya pindah ke kawasan pedalaman akibat tidak tahan disindir masyarakat.

Bagaimanap­un, akhbar semalam melaporkan kanak-kanak Thailand berusia 11 tahun yang mengahwini lelaki Malaysia berusia 30 tahun lebih tua daripadany­a disahkan sudah kembali ke negara asalnya.

Gabenor Wilayah Narathiwat, Suraporn Prommool berkata, kanak-kanak itu dipercayai pulang ke Thailand pada Rabu lalu selepas menerima ‘tekanan’ hebat daripada media Malaysia.

>>Remaja ke Thailand selepas terima ‘tekanan’ hebat daripada media Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia