Harian Metro

Ibu terkejut sesak nafas

„ Wan Maimunah masuk hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru

- Fairuz Zaidan fairuzaida­n@nstp.com.my

Pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz, 64, dimasukkan ke Hospital Alor Gajah di sini, kelmarin akibat sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Wan Maimunah yang selesa membahasak­an dirinya sebagai ibu berkata, dia mula mengalami sesak nafas selepas melawat seorang adiknya di Gadek, Alor Gajah, kelmarin.

“Doktor yang melakukan X-ray memaklumka­n ada sedikit jangkitan kuman pada bahagian paru-paru. Adatlah, selain faktor cuaca, umur pun sudah macam (lanjut) ini.

“Ibu bersyukur sangat, dalam pada tidak ada Facebook, Instagram, tetapi ibu terima lebih lima kiriman WhatsApp dari Makkah yang mengirimka­n doa dari sana. Itu pun sudah seribu rahmat buat ibu,” katanya dalam nada sayu ketika ditemui di hospital, semalam.

Dalam linangan air mata, Wan Maimunah berkata, dia sentiasa bersyukur kerana dikeliling­i ramai insan istimewa yang sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang tidak berbelah bagi.

Pelakon yang pernah menjulang trofi Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH selama lima tahun berturut-turut itu berkata, dia reda dengan ujian menimpanya kerana percaya kepada ketentuan-Nya.

“Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh teruskan kehidupan.

“Cuma, rasa letih (sesak nafas), terkejut sangat sebab tidak pernah mengalami keadaan seperti ini,” katanya yang sesekali batuk.

Pada akhir November 2016, pelakon itu pernah dimasukkan ke Hospital Jasin akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.

Pelakon yang terkenal dengan watak air mata dan komedi itu berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan perhatian termasuk ahli keluarga.

Sementara itu, adik bongsunya, Wan Rohana, 52, berkata, keluargany­a yang menetap di Serendah, Selangor, segera melawat Wan Maimunah sebaik mendapat maklumat, kelmarin.

“Anak saya, Miza Farzana sering berhubung dengan Mak Anjang (Wan Maimunah). Sebaik dapat tahu dia dimasukkan ke dalam wad, kami sekeluarga datang menziarahi­nya,” katanya.

 ??  ?? WAN Maimunah sebak ketika menerima kunjungan ahli keluarga di Hospital Alor Gajah.
WAN Maimunah sebak ketika menerima kunjungan ahli keluarga di Hospital Alor Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia