Harian Metro

Gembira bahasa Melayu diiktiraf di pentas NYAFF

-

Kuala Lumpur: Pelakon berkaliber dan penerbit filem One,Two, Jaga, Bront Palarae mengakui berasa bangga apabila Nam Ron bertutur bahasa Malaysia ketika menghadiri forum membicarak­an filem arahannya itu di New York Asian Film Festival (NYAFF) yang berlangsun­g Julai lalu.

Menurut Bront, dia juga gembira apabila melihat bahasa Melayu turut diiktiraf penggunaan­nya di pentas NYAFF.

“Saya yang membuat permohonan kepada penganjur untuk Nam Ron menggunaka­n bahasa Melayu di NYAFF.

“Ia kerana ramai pembikin filem luar menggunaka­n khidmat penterjema­h pada Festival Udine dan Shanghai.

“Jadi, saya anggap penggunaan penterjema­h lebih berkesan dan memudahkan proses temubual Nam Ron di NYAFF.

“Ia perkara biasa untuk acara festival dan forum di peringkat antarabang­sa,” katanya ketika mengulas video pendek Nam Ron yang tular bertutur dalam bahasa kebangsaan ketika memperkena­lkan diri di NYAFF, Amerika Syarikat.

Ramai netizen memuji tindakan Nam Ron yang selamba bertutur bahasa Malaysia di hadapan delegasi asing.

Namun, kata Bront, penggunaan bahasa Malaysia di NYAFF dilihat dari sudut yang praktikal.

“Ia untuk memudahkan Nam Ron menyampaik­an buah fikirannya kepada wakil media dan pengkritik filem di luar negara,” katanya.

Ditanya sama ada dia sendiri tidak malu bertutur bahasa

Malaysia di pentas antarabang­sa, kata Bront, dia akan bertutur mengikut kesesuaian acara.

“Apa yang penting delegasi memahami maksud disampaika­n. “Jika bahasa Inggeris lebih efektif, saya menggunaka­nnya, tetapi jika bahasa Malaysia (melalui penterjema­h) lebih efektif saya akan memilih penggunaan bahasa ini,” katanya.

Mengulas perkembang­an filem One, Two, Jaga, Bront berkata, dia menaruh harapan naskhah itu mendapat sambutan pencinta filem apabila menjengah pawagam seluruh tanah air pada 6 September nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia