Harian Metro

SESALAN PENONTON REMPIT

„ Suami isteri terjebak tonton aksi lumba haram malam minggu ditahan dalam Op Samseng Jalanan

- Siraj Mohd Zaini dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Sepasang suami isteri yang leka menghabisk­an malam minggu dengan menonton perlumbaan haram di Lebuhraya Persekutua­n di sini, antara ratusan yang dicekup polis dalam Op Samseng Jalanan, awal pagi semalam.

Pasangan berusia 22 tahun yang baru berkahwin hujung tahun lalu itu mendakwa hanya mahu bersiar-siar dengan menunggang motosikal tanpa ada lokasi tertentu yang ingin dituju.

Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, isteri lelaki berkenaan mendakwa menuruti kemahuan suaminya yang mahu menyaksika­n kemeriahan perlumbaan di litar haram terbabit.

“Kami datang dari Seksyen 7 dan tidak tahu lokasi mana yang mahu dituju dan datang tengok orang berlumba di lebuh raya ini.

“Walaupun tidak berlumba, kami menyesal kerana turut ditahan polis untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Tinjauan mendapati lokasi di Batu Tiga hingga ke Padang Jawa itu sentiasa ‘bingit’ dengan deruman ekzos motosikal mat rempit yang bergadai nyawa semata-mata mempamerka­n kehebatan masing-masing terutama pada malam minggu.

Tidak kurang juga mereka yang sanggup membuang masa kerana menjadi penonton perlumbaan haram itu di bahu jalan dan kawasan parkir stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Bagaimanap­un, ratusan mat rempit terpinga-pinga selepas laluan lebuh raya itu dikepung dan ditutup polis di kedua-dua arah menyebabka­n mereka tiada ruang lain meloloskan diri.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor uperintend­an Azman Shari’at berkata, operasi disertai seramai 16 pegawai dan 63 anggota polis.

Katanya, dalam Op Samseng Jalanan bermula jam 11 malam itu, polis menahan 103 motosikal dan 13 daripadany­a dipercayai terbabit dengan ke- giatan lumba haram.

“Seramai 105 individu ditahan untuk diperiksa dalam operasi yang turut disertai JSPT Bukit Aman.

“Kesalahan paling banyak direkodkan ialah menunggang tanpa lesen dan motosikal tidak mengikuti spesifikas­i dibenarkan,” katanya.

Azman berkata, sebanyak 52 saman dikeluarka­n dan 36 motosikal disita bagi tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA polis trafik merekodkan butiran penunggang motosikal. RATUSAN mat rempit dipaksa menolak motosikal mereka ke stesen minyak sebelum diperiksa.
ANGGOTA polis trafik merekodkan butiran penunggang motosikal. RATUSAN mat rempit dipaksa menolak motosikal mereka ke stesen minyak sebelum diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia