Harian Metro

Memori Travelog Haramain

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@nstp.com.my

„ Bekas jurutera abadi kenangan tunai haji bersama kedua-dua ibu bapa uzur

Suka duka sepanjang mengiringi ibu bapanya yang uzur ketika menunaikan Rukun Islam kelima diabadikan seorang anak dalam buku sebagai hadiah kenangan kepada orang tuanya.

Buku berjudul Travelog Haramain Mengiring Ibu Bapa Tercinta itu yang ditulis Abu Hanifah Abu Bakar, 49, mula dipasarkan pada Oktober tahun lalu.

Lebih manis, satu pertiga daripada hasil keuntungan jualan buku ini disalurkan kepada saudara seagama di bumi Palestin.

Bagi Abu Hanifah atau nama penanya Han Hanif, dijemput ke Tanah Suci sebagai pengiring ibu bapanya enam tahun lalu menjadi pengalaman paling berharga dalam hidupnya kerana tidak semua orang mendapat peluang itu.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, ketika panggilan haji diterima pada 2012, bapanya mengalami penyakit gout dan gastrik manakala ibunya pula setiap masa diserang sakit lutut hingga menjadikan pergerakan mereka terbatas.

Katanya, ketika itu dia tidak mempunyai sumber kewangan kukuh berikutan hanya bekerja sebagai penoreh getah selepas kontrak perkhidmat­annya sebagai jurutera ditamatkan, namun sebagai anak, dia sedaya upaya mahu menunaikan impian kedua-dua orang tuanya itu.

“Dari Malaysia lagi kami memang mengalami masalah kewangan. Hari demi hari cabaran haji kian bertambah, namun saya cuba memberi santunan terbaik kepada ibu bapa supaya mereka melaksanak­an ibadah haji dengan sempurna.

“Ketika mengerjaka­n saie dan tawaf, saya seorang diri menolak ibu dan bapa yang tidak berdaya menggunaka­n kerusi roda secara bergilir-gilir.

“Oleh kerana terlampau penat, saya demam dan muntah, namun bersyukur hanya jatuh sakit selepas selesai menyempurn­akan tanggungja­wab kepada ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, selepas melalui tempoh getir bersama ibu bapanya, akhirnya idea merakamkan segala pengalaman itu dalam buku datang melonjak-lonjak biarpun kurang pengalaman dalam penulisan.

“Di dalam khemah di Mina, hati saya bagai didesak menghadiah­kan mereka dengan sesuatu yang istimewa,” katanya.

 ??  ?? PENULIS buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta, Han bersama kedua-dua ibu bapanya.
PENULIS buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta, Han bersama kedua-dua ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia