Harian Metro

LOTIN KE CALIFORNIA

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

„ Kehalusan seni ukiran kayu anak jati Kuantan dapat perhatian ramai

Kuantan

Kehalusan seni ukiran kayu elemen Melayu tradisiona­l yang dihasilkan anak jati Kuantan, Muhammad Abdullah Lotin Mohd Amin berjaya menambat hati peminat sehingga ke luar negara termasuk dari California, Amerika Syarikat.

Menggunaka­n label Melayu Tradisiona­l Lotin, ia turut mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang memintanya membaik pulih ukiran kayu berusia 100 tahun.

Muhammad Abdullah Lotin, 33, yang lebih selesa dipanggil Lotin berkata, dia menjadikan datuknya, Hassan Sidek sebagai idola dan sumber inspirasi menghasilk­an produk ukiran Melayu.

Katanya, dia meminati seni ukiran sejak berusia tujuh tahun dan melanjutka­n pelajaran dalam Sijil Kemahiran Seni Kraf Kayu di Institut Kraf Negara pada 2005.

“Saya belajar secara serius selama dua tahun dan berjaya mendapatka­n sijil kemahiran pada 2008. Selepas itu, saya ambil keputusan bergiat secara mendalam dengan membuka bengkel sendiri di rumah saya di Bukit Kuantan.

“Berbekalka­n modal secara kecil-kecilan saya mula menghasilk­an seni kraf Melayu tradisiona­l seperti ukiran perabot, sarung pisau, mimbar dan tongkat masjid, cokmar dan barangan kraftangan lain hingga saya mampu menggajika­n pekerja,” katanya di galeri jualannya di Serambi Teruntum di sini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, pada awalnya dia hanya bermula dengan mengukir sarung pisau sebelum mengembang­kan bakat pada seni pembuatan lain.

Lotin berkata, ketenangan dan fokus pada seni ukiran adalah kunci penting menyiapkan tempahan pelanggan kerana kesilapan akan menjejaska­n seni yang dihasilkan.

Dia berkata, hasil kerja keras dan bakat dimiliki membuatkan dia kini tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan termasuk dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Itali dan China.

“Ada pelancong asing yang mengenali saya ketika membuat pameran di Pusat Kraftangan Negara menghubung­i saya untuk membuat tempahan. Saya akan cuba sebaik mungkin menyiapkan tempahan itu dengan kualiti yang tinggi kerana ia membawa nama negara,” katanya.

Menurutnya, antara tugasan paling mencabar sepanjang

10 tahun berkecimpu­ng dalam bidang itu adalah permintaan

Tunku Azizah untuk membaik pulih ukiran kayu berusia 100 tahun.

“Selain perlu teliti kerana ukiran itu berusia 100 tahun, saya juga perlu memahat dan mereka bentuknya kembali bagi mengekalka­n ukiran asal hingga mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan,” katanya.

 ??  ?? LOTIN menyusun ukiran kayu
yang akan dijual kepada pelanngan di Serambi Teruntum,
Tanjung Lumpur.
LOTIN menyusun ukiran kayu yang akan dijual kepada pelanngan di Serambi Teruntum, Tanjung Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? LOTIN meminati seni ukiran kayu sejak
berusia 7 tahun.
LOTIN meminati seni ukiran kayu sejak berusia 7 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia