Harian Metro

ILMU TUNDUK ALONG KING

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

„ Bekas anggota APM Padang Terap beri khidmat tangkap ular secara sukarela

Padang Terap

“Niat saya hanya ingin membantu orang ramai dan bukannya untuk menunjuk kebolehan menangkap ular tetapi cukup sekadar membantu dengan ikhlas walaupun ia membahayak­an nyawa saya sendiri demi mengumpul saham akhirat,” kata Ahmad Mustaqim Hamzah, 26.

Ahmad Mustaqim adalah penangkap ular secara sukarela di daerah ini yang juga bekas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap mengakui kebolehann­ya menangkap reptilia itu diperolehi dengan sendiri malah minatnya itu bermula sejak berusia 10 tahun lagi.

Katanya, dia mula membela ular tidak berbisa seperti ular daun sebagai hobi sebelum mengambil peluang untuk menangkap reptilia itu bermula pada tahun 2011 dan kini sudah hampir ratusan ekor dari pelbagai spesies sudah ditangkapn­ya.

“Selepas berhenti dari APM, saya sekarang bergerak solo dan bersedia 24 jam sekiranya menerima panggilan berkaitan ular | di daerah ini malah semua yang saya lakukan ini, tanpa mengharapk­an sebarang bayaran kerana saya memang “pantang” dengar pasal ular, mesti saya akan pergi membantu.

“Kadangkala saya tangkap ular pakai alat kelengkapa­n dan adakalanya saya pakai tangan ja bergantung pada jenis ular yang hendak ditangkap tetapi walaupun ia sebagai hobi namun saya sentiasa beringat keselamata­n nyawa kerana sentiasa terdedah dengan bahaya,” katanya di sini.

Ahmad Mustaqim yang mendapat gelaran Along King berkata, setakat ini dia hanya menangkap ular di sekitar kawasan Padang Terap sahaja dan sekiranya dia berada di luar daerah ini, dia bersedia membantu sekiranya dipanggil.

Katanya, walaupun pernah lima kali dipatuk ular tedung senduk dan dua kali disembur bisa oleh ular tedung di mata dan dalam mulut ketika menangkap reptilia itu namun semua pengalaman itu tidak mematahkan semangatny­a untuk terus berkhidmat kepada orang ramai.

“Ular hanya akan menyerang sekiranya rasa terancam, oleh yang demikian, kita perlu berlembut dengannya selain mengumpan reptilia itu bagi mengelakka­n ia mematuk.

“Kalau kena patuk dengan ular sama ada berbisa atau tidak, jangan panik sebaliknya terus mendapatka­n rawatan ke hospital terdekat dan mengetahui spesis ular yang mematuk,” katanya.

Ahmad Mustaqim yang bertugas sebagai polis bantuan di daerah ini berkata, daerah Padang Terap antara kawasan yang paling banyak ular jenis sawa, rusuk kerbau, tedung dan tedung selar disebabkan banyak kawasan hutan di sini malah mereka akan keluar sekiranya berlaku perubahan cuaca untuk mendapatka­n sumber makanan dan perlindung­an.

 ??  ?? AHMAD Mustaqim mempunyai kemahiran menangkap ular termasuk
tedung selar sejak 2011.
AHMAD Mustaqim mempunyai kemahiran menangkap ular termasuk tedung selar sejak 2011.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia