Harian Metro

Dulu hanyir, kini wangi

-

pencemaran adalah industri serta perkilanga­n yang tidak terkawal. Kilang pemprosesa­n barangan mentah yang dibawa turun dari kapal dagang antarabang­sa bertaburan di sekitar Mongkok, Prince Edward, Lai Chi Kok dan Yau Ma Tei. Pengusaha ini tidak mementingk­an kebersihan dan masa depan sama sekali. Mereka mahu mengejar untung dan setiap saat adalah berharga kepada mereka. Setiap barang mentah yang tiba di pelabuhan Hong Kong perlulah diproses untuk diperdagan­gkan semula dalam masa 48 jam. Sebagai contoh, sebuah kontena penuh dengan susu getah bernilai AS$10,000 dari Malaysia akan diproses di lima kilang berbeza yang membuat perkakasan penebat elektrik, alat gantian kereta, komponen untuk pembuatan kasut, komponen perabot dan peralatan rumah. Sebaik masa 48 jam ini berakhir, kelima-lima kilang ini akan menghantar semula produk ke pelabuhan untuk diekspot ke pasaran antarabang­sa dengan nilai terkumpul AS$100,000!

Ini penambahan hampir 10 kali ganda dari nilai bahan mentah asal!

Hong Kong menjadi tidak seimbang kerana tiadanya pengawasan terhadap nilai kehidupan. Yang kaya menjadi bertambah kaya. Mereka tinggal di kawasan mewah dan tidak bercampur dengan masyarakat kelas pekerja yang tinggal di lorong sempit dan kotor. Penjajah Inggeris cuba merapatkan jarak di antara dua golongan yang tidak seimbang ini. Antara yang mereka lakukan adalah mewujudkan banyak taman awam serta memperkema­skan pengangkut­an awam.

Untuk menjadikan Hong Kong bersih, ia perlulah melalui tiga perkara asas yang akan menukar Hong Kong daripada negara kotor, tetapi kaya kepada negara bersih dan mewah. Elemen yang perlu dipertingk­atkan serta menjadi tunjang kekuatan tranformas­i Hong Kong adalah mengetatka­n undang-undang, memindahka­n kilang dan industri ke luar kotaraya (ataupun kembali ke Shenzhen, China) dan menjadikan kebersihan bandar raya sebagai agenda nasional.

Apabila undang-undang ini diperkenal­kan, memang banyak berlaku masalah ketidakpua­san hati. Orang Hong Kong sudah biasa meludah merata-rata, sama ada sewaktu makan ataupun bersiar-siar di taman awam. Mereka juga tidak kisah dengan meludah di dalam pengangkut­an awam. Kalau seorang mula meludah, habis semua orang dalam gerabak kereta api itu pun turut meludah.

Meludah bawa penyakit. Ini terbukti apabila wabak SARS melanda Hong Kong beberapa dekad lalu, didapati punca utama merebaknya virus ini melalui ludah. Oleh itu undang-undang menjadi ketat dan sesiapa yang ditangkap meludah merata-rata akan didenda HK$1,500 bersamaan RM800! Merokok di tempat awam, membuang sampah, melekat iklan haram juga dikenakan denda sama.

Undang-undang ketat ini salah satu daripada puluhan inisiatif kerajaan Hong Kong untuk menukar Hong Kong menjadi seperti hari ini. Hong Kong yang hanyir, busuk dan kotor menjadi kota keriangan Asia! Dan pastikan kalau anda rasa nak meludah, ludahlah kat kertas tisu dan simpan sementara dalam poket anda.

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia