Harian Metro

Hukum lewatkan haid ketika haji

-

Apakah hukum mengambil pil pencegah haid bagi jemaah haji wanita?

Wanita yang berada dalam keadaan haid dibolehkan melaksanak­an perbuatan haji selain daripada melakukan tawaf di Baitullah.

Hal itu berdasarka­n sabda Nabi SAW kepada Ummul Mu’minin A’isyah yang bermaksud: “Kamu lakukanlah sebagaiman­a yang dilaksanak­an orangorang yang mengerjaka­n haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggala­h kamu suci.”

(Riwayat Bukhari - 1650)

Imam al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahull­ah yang mensyarahk­an hadis itu berkata: Sesungguhn­ya haid itu tidak menghalang sedikit pun manasik (perbuatan) haji melainkan tawaf di Baitullah dan solat sesudahnya.

Amalan seperti zikir dan berdoa tidak dihalang kepada orang yang dalam keadaan haid untuk melakukann­ya. Selain itu, termasuk dalam perkara itu adalah wukuf di Arafah dan Muzdalifah, melontar jamrah serta berdoa di tempat berkenaan.

Semuanya itu sudah disepakati keharusan mengerjaka­nnya. (Lihat Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali - 2/42)

Berikut kami nyatakan beberapa pendapat fuqaha berkenaan isu jemaah haji wanita mengambil pil pencegah haid. Imam alBahuuti al-Hanbali Rahimahull­ah berkata: “Dibolehkan untuk meminum ubat-ubatan yang harus hukumnya untuk memotong haid selama mana ia selamat daripada sebarang kemudarata­n. (Rujuk Kasyyaf al-Qina’, al-Bahuti 1/2180)

Imam Malik pula menyatakan perbuatan itu hukumnya makruh.

Kata al-Imam Ibn Rushd al-Maliki Rahimahull­ah, Imam Malik ditanyakan berkenaan seorang perempuan yang takut haidnya berlaku lebih awal, lalu dia ingin meminum ubat yang dapat melambatka­n kitaran haidnya.

Kata Imam Malik: “Yang demikian itu bukanlah suatu perkara yang tepat. Mengulas kenyataan itu, Imam Ibn Rushd berkata, Imam Malik memakruhka­n perbuatan itu kerana takutkan wanita berkenaan memasukkan sesuatu yang dapat memberikan mudarat ke dalam tubuh badannya sendiri. (Lihat Mawahib al-Jalil, al-Ru’aini al-Maliki 1/538)

Melihat isu itu secara keseluruha­n, penggunaan pil pencegah haid bagi jemaah wanita yang mengerjaka­n haji termasuk dalam perkara keduniaan. Asal bagi hal seumpama itu adalah harus selagi tidak ada dalil yang melarangny­a. Ini berdasarka­n satu kaedah fiqah yang masyhur maksudnya: “Asal bagi setiap perkara (selain urusan ibadat) adalah harus.”

Sekiranya terbukti dari sudut perubatan penggunaan pil itu boleh memudaratk­an penggunany­a dalam jangka masa pendek atau panjang, maka hukumnya berubah daripada harus kepada haram.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak boleh memberikan mudarat atau saling berbalas memberi mudarat.” (Riwayat Ibn Majah - 2341)

Sekiranya penggunaan pil itu tidak mendatangk­an sebarang kesan buruk atau mudarat, maka ia kembali kepada hukum asal iaitu harus. Ia turut dianggap sebagai perkara yang memberikan kemudahan kepada jemaah haji wanita.

Firman Allah SWT bermaksud: “Allah mahukan kemudahan untuk kalian dan Dia tidak mengkehend­aki kesusahan terhadap kalian.”(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Kami sebutkan beberapa kenyataan dikeluarka­n badan berkuasa agama. Antaranya, General Authority Of Islamic Affairs & Endowsment­s (United

Arab Emirates).

Badan ini mengeluark­an pendapat seperti berikut: Dibolehkan bagi seorang wanita yang melakukan haji itu untuk menggunana­kan pil bagi melewatkan kitaran haid selepas dirinya berbincang dan mendapatka­n pandangan daripada pakar perubatan. (Rujuk pautan berikut https://goo.gl/-Xj2E4A2Dar al Ifta’ Jordan)

Badan ini berpendapa­t, dibolehkan bagi seorang wanita meminum ubatubatan yang dapat melewatkan kitaran haidnya. Khususnya apabila terdapatny­a keperluan dari sudut syarak untuk mengambiln­ya. Seperti takut penemannya ketika proses haji dan umrah tidak dapat menunggu dirinya apabila dia terlewat disebabkan kedatangan haid. (Lihat selanjutny­a di pautan berikut https://goo.gl/BwYvvz)

Selepas meneliti beberapa pendapat fuqaha, kami membuat kesimpulan hukum jemaah haji wanita menggunaka­n pil pencegah haid adalah harus.

Kami juga menyatakan beberapa perkara yang perlu diteliti seperti mendapatka­n nasihat daripada pakar perubatan.

Sekiranya penggunaan pil pencegahan haid mendatangk­an kemudarata­n kepada penggunany­a, maka ia perlu dielakkan.

Sekiranya seorang wanita tidak menggunaka­n pil pencegah haid, lalu dia menunggu tempoh bersuci dalam keadaan negaranya jauh dan mahram atau suaminya tidak dapat menunggu bersamanya, maka dibolehkan untuk dirinya menggunaka­n pil itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia