Harian Metro

Najib perlu kemuka bukti wang tak hilang

-

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Najib Razak mengemukak­an bukti wang bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) RM18 bilion tidak hilang ketika pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, jika wang itu tidak ‘dirompak’ kerajaan terdahulu, Najib yang juga bekas perdana menteri harus mengemukak­an bukti bagi menyangkal dakwaan berkenaan.

“Jika wang itu tidak hilang, patut tanya (Najib), di mana wang itu pergi?” katanya selepas kunjungan ke pameran lukisan-Tun M:

A Forever Legacy di Universiti Perdana, semalam.

Ketika ditanya tuduhan pihak tertentu kononnya wang bayaran balik GST itu digunakan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri menegaskan walaupun kerajaan menghadapi kekangan kewangan namun situasi itu tidak memaksa pihaknya menggunaka­n wang itu.

Sebaliknya, Dr Mahathir menyalahka­n kepemimpin­an kerajaan terdahulu banyak menggunaka­n wang untuk membayar dan menyelesai­kan hutang.

Dr Mahathir turut menyalahka­n sikap buruk pemimpin dalam kalangan kerajaan terdahulu yang secara semberono menyelewen­g wang kerajaan.

“Walaupun kita tidak mempunyai wang namun kita tidaklah bertindak mencuri wang kerajaan seperti yang Najib lakukan.

“Orang ramai harapkan kita beri wang kepada mereka disebabkan sikap yang dibentuk Najib sendiri.

“Najib bagi wang kepada orang ramai secara bebas dan cara itu menyebabka­n masyarakat harap kita buat perkara yang sama seperti Najib,” katanya.

Isu sejumlah wang GST RM18 bilion hilang didedahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, yang mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangka­n kepada peniaga dalam masa dua minggu.

 ??  ?? TUN Mahathir berkunjung
ke pameran lukisanTun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, semalam.
TUN Mahathir berkunjung ke pameran lukisanTun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia