Harian Metro

Tiada komunikasi

- Ayusliza Azizan cnews@nstp.com.my

„ Pasangan tidak cuba selesaikan masalah dihadapi bersama hingga berlaku perpisahan

Sering bergaduh, tiada tolak ansur dan campur tangan keluarga mengakibat­kan Maria (bukan nama sebenar) diceraikan suaminya dengan talak tiga, lima tahun lalu.

Wanita berusia 31 tahun itu bergelar janda ketika usianya 26 tahun dan memiliki seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun.

Maria akui yang dia serik untuk mencari pasangan baharu kerana bimbang perkara sama berulang dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Tiada komunikasi antara kedua-dua pihak. Apabila terdapat masalah yang timbul, kami tidak cuba menyelesai­kannya dan ia berlarutan hingga membawa kepada pergaduhan besar.

“Lumrah sebagai manusia biasa, secara psikologi sebagai pasangan, dia (bekas suami) tidak menjadi teman yang boleh meluahkan perasaan hingga saya mencari orang lain untuk melepaskan keluh kesah,” katanya.

Selain sering bertegang leher, Maria juga pernah dipukul suami malah hubungan dengan keluarga suaminya juga tidak baik.

Dia bagaimanap­un mengakui, mereka ketika masih berkahwin mengamalka­n sikap tidak bertolak ansur hingga membawa kepada pergaduhan.

“Hingga kini saya belum berkahwin lagi dan saya tidak mencari pasangan hidup lain, mungkin kerana jodoh saya tidak sampai lagi.

“Pada pandangan saya, sekiranya terdapat masalah dalam rumah tangga, pasangan itu perlu mendapatka­n khidmat nasihat pakar bagi mengelak berlakunya perceraian,” katanya.

Sementara itu, usahawan, Razuan A Razak, 35, yang bercerai pada 2016 berkata, masalah kewangan menjadi punca perkahwina­nnya terlerai.

Katanya, buat masa ini dia masih tidak memikirkan untuk bernikah semula namun tidak menolak jika ada jodoh suatu hari nanti.

“Pada pandangan saya, masalah utama yang sering menjadi pendorong kepada sesuatu perceraian adalah isu kewangan.

“Dalam kes saya, selepas bergaduh kerana kewangan, keluarga pula masuk campur sebelum menjadi teruk dengan kehadiran orang ketiga selain hubungan dengan bekas isteri tidak mesra,” katanya.

Razuan berkata, selepas bercerai dia perlu membuat penyesuaia­n kerana sudah solo kembali terutama anaknya kini bersama bekas isteri.

Berdasarka­n statistik kes perceraian di Selangor oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), tahun lalu merekodkan 12,204 kes didaftarka­n dan 12,328 kes selesai.

Jumlahnya hampir sama bagi 2016 iaitu 12,547 kes didaftarka­n dan 12,442 kes selesai. Baki kes yang tidak selesai akan dibawa ke tahun berikutnya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka depan Metro Ahad, semalam.
LAPORAN muka depan Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia