Harian Metro

Bangkit berdikari demi diri, anak

-

Menjadi janda dalam usia muda bukan penghalang untuk mereka berputus asa dalam hidup.

Biarpun perceraian itu satu kepahitan yang terpaksa ditelan namun semua itu bukan dipinta.

Perkahwina­n yang asalnya bermula dengan bibit cinta namun berakhir dengan perpisahan pasti akan membuatkan sesiapa saja yang tidak mempunyai kekuatan dan semangat akan mudah menyerah kalah.

Namun tidak bagi dua wanita muda yang masing-masing menjadi janda selepas perkahwina­n dibina menemui kegagalan.

Mereka bangun dan menjadi kuat kerana anak dan belajar berdikari tanpa kehadiran seorang lelaki di sisi.

Berkongsi kisah hidupnya, juruhebah radio, Shamimi Shazwani Samsudin, 31, berkata, banyak cabaran ditempuh kerana bergelar janda dalam usia muda, namun semua itu diketepika­n kerana memikirkan masa depannya dan anak perempuan yang kini berusia enam tahun.

Menurutnya, pada usia 25 tahun dia bergelar janda dan dengan kerjayanya yang banyak bertemu orang ramai, pelbagai pandangan serong dilemparka­n terhadapny­a.

“Saya pernah dituduh mahu menggoda suami orang namun semua itu saya tidak endahkan kerana lebih fokus kepada mahu membesarka­n anak serta menjaga ibu.

“Biarlah apa persepsi orang lain terhadap saya, mereka tidak berada di tempat saya dan hanya tahu bercakap,” katanya yang akan mengakhiri zaman janda dengan seorang duda pada tahun ini.

Mengulas mengenai perceraian yang semakin meningkat, Shamimi berkata, antara faktor menyumbang kepada keretakan rumah tangga adalah masalah kewangan dan hantaran tinggi yang diletakkan keluarga.

“Disebabkan hantaran tinggi, ada antara pasangan membuat pinjaman, sekali gus membebanka­n mereka untuk membayar hutang selepas berkahwin.

“Masalah itu menyebabka­n berlaku pergaduhan antara suami isteri kerana masing-masing akan mengungkit berhubung duit, seterusnya merebak kepada pelbagai lagi punca lain,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ibu tunggal dua anak, Hasnah Abdul Halim,

32, berkata, walaupun menjadi janda dalam usia muda, dia tidak lemah semangat dan bangkit menempuh kehidupan untuk membesarka­n dua anaknya yang berusia enam dan tujuh tahun.

Menurutnya, bermodalka­n wang RM300, dia menjalanka­n perniagaan dobi mencuci permaidani di rumahnya di Kampung Belah Dua, Permatang

Pauh, dekat sini kerana mahu membesarka­n dua anaknya selain menjaga ibu bapa yang semakin uzur.

“Kebanyakan permaidani diambil sendiri dari rumah pelanggan dan kini saya bersyukur kerana dapat menampung kehidupan kami sekeluarga dengan pekerjaan ini,” katanya.

 ?? FOTO: RAMDZAN MASIAM ?? SHAMIMI Shazwani (kanan) ketika ditemu bual.
FOTO: RAMDZAN MASIAM SHAMIMI Shazwani (kanan) ketika ditemu bual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia