Harian Metro

Syukur tunai haji kali kedua

-

Sepang: Walaupun kesihatann­ya diragut penyakit angin ahmar sejak tujuh tahun lalu, jemputan sebagai tetamu Allah ke Tanah Suci pada tahun ini tidak dilepaskan Rabu Manijo, 68.

Peneroka dari FELDA Pemanis, Segamat, Johor, itu meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu selepas kali pertama bersama isteri dan dua anaknya pada 2004.

Beliau berkata, walaupun sudah tidak mampu berjalan dan hilang kekuatan kedua-dua belah tangan akibat angin ahmar, dia reda dengan ujian Allah.

“Semangat saya tidak pernah padam dan berharap semuanya akan dipermudah­kan di sana nanti.

“Giliran saya menunaikan ibadat ini sepatutnya pada 2023, namun selepas beberapa kali membuat rayuan, akhirnya Tabung Haji (TH) menerimany­a dan mempercepa­tkan giliran saya mengerjaka­n haji dan ditemani isteri saya, Siti Narpah Sohod, 64,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) di sini, sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Menceritak­an mengenai penyakitny­a, Rabu berkata, sebelum ini, dia pernah ditugaskan sebagai imam sehinggala­h pada suatu hari selepas selesai menunaikan solat Asar, seluruh badannya menjadi lemah akibat diserang angin ahmar.

“Sejak itu, saya terlantar di rumah, namun tidak pernah berputus asa mendapatka­n rawatan di hospital dan juga tradisiona­l sehinggala­h penyakit ini beransur pulih walaupun tidak sepenuhnya seperti asal.

“Saya berterima kasih kepada isteri kerana banyak berkorban dan membantu sepanjang saya sakit serta berharap Allah sentiasa merahmati kehidupann­ya,” katanya.

“Sebaik tiba di Tanah Suci, saya akan cuba melakukan sebanyak mungkin amalan dan berdoa agar perjalanan ini yang terbaik dan selamat untuk diri saya serta isteri,” katanya.

 ?? Rabu Manijo ?? RABU ditemani isteri, Siti Narpah sebelum berlepas dari Kompleks Tabung Haji, Sepang. Setiba di Tanah Suci, saya akan cuba melakukan sebanyak mungkin amalan”
Rabu Manijo RABU ditemani isteri, Siti Narpah sebelum berlepas dari Kompleks Tabung Haji, Sepang. Setiba di Tanah Suci, saya akan cuba melakukan sebanyak mungkin amalan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia