Harian Metro

Jemaah visa Furada urus sendiri

-

Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi melarang Tabung Haji

(TH) menguruska­n jemaah haji Malaysia yang menggunaka­n visa Furada (persendiri­an) berkuat kuasa serta-merta.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatny­a berkata, peraturan berkenaan turut dilaksanak­an kepada semua negara yang diberikan visa haji Furada.

“Tahun ini, Kementeria­n Haji dan Umrah Arab

Saudi menetapkan untuk menempatka­n jemaah haji yang menggunaka­n visa Furada dari pelbagai negara di satu penempatan khemah khas yang berasingan daripada penempatan negara asal jemaah.

“Inisiatif ini diambil oleh Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi bagi menguruska­n jemaah haji visa Furada dengan lebih tersusun,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu menyebut selain pengeluara­n kuota rasmi sebanyak 30,200 yang diberikan kepada Malaysia, pihak kedutaan Arab Saudi turut mengeluark­an visa Furada kepada rakyat Malaysia secara individu di atas budi bicaranya.

Katanya, pemberian visa Furada ini dikeluarka­n pada peringkat akhir fasa penerbanga­n jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci.

“TH akur dan menghormat­i peraturan ditetapkan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab

Saudi demi menjamin keselamata­n dan keselesaan jemaah haji sedia ada serta jemaah visa Furada yang datang dari seluruh dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia