Harian Metro

Mana kerja dijanjikan?

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Ratusan pekerja warga asing ‘Mat Bangla’ hilang arah apabila wang milik mereka berjumlah lebih RM2 juta dilarikan sebuah syarikat yang menawarkan permit pekerjaan menerusi Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Bukan setakat mengambil duit, malah pasport milik 270 mangsa yang diperdaya turut diambil syarikat berkenaan dengan alasan bagi memudahkan urusan proses rehiring dijalankan JIM.

Namun tidak tahan ditipu dan bimbang dicekup pihak berkuasa kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini, 50 warga Bangladesh mewakili 270 yang lain membuat laporan polis dan sidang media di ibu negara semalam.

Semua mereka berharap pihak berkuasa dapat membantu mereka yang diperdaya mendapatka­n semula pasport milik masing-masing.

Warga Bangladesh, Mohamad Alagir, berkata kebanyakan mereka mula berurusan dengan syarikat berkenaan sejak Mac tahun lalu sebaik disarankan oleh rakan senegara yang lain.

Katanya, sebaik mula berurusan, pasport mereka diambil dan mereka diminta membayar sejumlah wang yang keseluruha­nnya berjumlah RM8,000

“Kami berurusan dengan syarikat itu kerana mereka berjanji akan mendapatka­n pekerjaan serta permit bekerja yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

seorang.

“Kerana percaya, kami membuat beberapa bayaran mencecah RM8,000 termasuk menyerahka­n pasport.

“Namun selepas lebih satu tahun, janji untuk mendapat pekerjaan serta permit bekerja yang sah hanya tinggal janji,” katanya di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Alagir, dia serta rakannya yang lain ada antaranya dari Johor, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan sepakat membuat laporan polis dan kepada pihak Kedutaan Bangladesh di Malaysia.

Katanya, mereka kini semua hidup dalam ketakutan kerana tidak memiliki dokumen yang sah selepas diambil syarikat berkenaan yang enggan memulangka­nnya semula biarpun beberapa kali diminta.

Sementara itu, seorang lagi warga Bangladesh, Imran Haz Uzzal, berkata kebanyakan mereka sudah bekerja di negara ini lebih lima tahun dan masuk secara sah menerusi ejen syarikat lain.

Katanya, masalah berlaku apabila mereka mula berurusan dengan syarikat yang beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor bagi mendapatka­n pekerjaan dan memperbaha­rui permit kerja.

“Sebelum ini, kami semua masuk ke negara ini secara sah namun apabila permit bekerja hampir tamat, kami berurusan dengan syarikat itu untuk mendapatka­n pekerjaan dan memperbaha­rui permit.

“Sekarang ini, yang membuatkan kami dilanda masalah apabila syarikat itu tidak mahu memulangka­n semula pasport kami yang diambil,” katanya.

Imran berkata, dia serta rakannya yang menjadi mangsa merayu kerajaan serta pihak berkuasa campur tangan dan membantu mereka yang diperdaya syarikat berkenaan.

„ Pekerja Bangladesh dakwa RM2 juta dilarikan syarikat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia