Harian Metro

Jumlah sitaan wang tunai cecah RM1.47 juta

-

Kuala Lumpur: Jumlah sitaan wang tunai susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamata­n Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu, kini mencecah RM1.47 juta.

Jumlah itu bertambah RM280,000 daripada jumlah sitaan wang tunai RM1.19 juta yang diumumkan oleh SPRM, Jumaat lalu.

Penambahan itu adalah hasil rampasan terbaru SPRM susulan daripada siasatan berterusan yang dijalankan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi wartawan pagi semalam mengesahka­n perkara itu.

Secara keseluruha­n, SPRM kini menyita wang tunai berjumlah RM1.47 juta, tujuh kereta, 12 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Tujuh kereta dirampas membabitka­n sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga Honda, dan masing-masing Subaru Impreza, Toyota Vios dan Perodua Alza.

Manakala 12 motosikal pula membabitka­n model Yamaha dan selebihnya

Honda.

Menurut, kesemua kenderaan dan barangan yang disita itu kini masih dalam proses penilaian harga.

Rabu lalu, Harian Metro melaporkan seramai 17 pengawal keselamata­n di JPM, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) RM3.5 juta.

Mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamata­n Gred KP52 berusia 51 tahun dan 16 pengawal keselamata­n

berjenama masing-masing Gred KP11 hingga KP38 berusia antara 31 hingga 51 tahun yang bertugas di Kompleks B, JPM.

Aset dan wang tunai itu dipercayai hasil penyalahgu­naan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dipercayai diambil mereka dari pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sejurus ditahan Selasa lalu, SPRM merampas wang tunai RM840,700 dan sembilan motosikal bernilai RM90,000 daripada semua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia