Harian Metro

Masyarakat kurang minat salur maklumat kegiatan judi

-

‘Terlalu dingin’. Itu komen Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berhubung sambutan kewujudan Bilik Gerakan Khas aduan berkaitan kegiatan pusat judi yang dibuka di seluruh kontinjen negeri termasuk Kuala Lumpur sejak 20

Julai lalu.

Mazlan berkata, pihaknya tidak pasti apakah puncanya masyarakat di ibu negara terlalu kurang menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram yang berlaku di sekeliling mereka menerusi talian aduan disediakan di bilik gerakan khas berkenaan.

“Buat masa ini maklumat daripada orang ramai di Kontinjen Kuala Lumpur terlalu dingin... sangat kurang.

“Kita pun tidak tahu mengapa sambutanny­a dingin padahal rakyat yang mahukan kegiatan perjudian ini dibanteras tetapi bila kita minta maklumat, mereka tidak mahu salur maklumat,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Program

Jom Ronda dan Perasmian Kabin Rondaan Awam

Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Koperasi Polis Fasa 2, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Lumpur (JPNIN), Suraya Wen dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran.

Menurut Mazlan, masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurka­n maklumat kerana identiti mereka akan dirahsiaka­n.

“Kita beri jaminan maklumat mengenai pengadu tidak akan didedahkan, tiada pihak akan tahu maklumat itu datang daripada mereka.

“Malah pengadu tidak perlu ke bilik gerakan, mereka hanya perlu hubungi talian disediakan dan kita sudah tegaskan kepada pegawai bertugas di bilik gerakan terbabit untuk tidak mendedahka­n butiran pengadu kepada mana-mana pihak atau mereka berdepan tindakan buang kerja,” tegas beliau.

Tambahnya, kegiatan perjudian ini dijalankan sindiket yang sanggup mengeluark­an wang untuk membeli maklumat berkenaan, maka pihaknya sangat bertegas berhubung perkara membabitka­n kerahsiaan itu.

“Kita akan teruskan usaha membantera­s kegiatan perjudian walaupun buat masa ini aduan diterima sangat kurang.

“Polis Kuala Lumpur mempunyai lapan pasukan yang sentiasa bersiap sedia melakukan operasi pembantera­san kegiatan judi haram di ibu negara secara habis-habisan,” katanya.

Sementara itu, Suraya menggesa lebih ramai orang muda di ibu negara dapat membabitka­n diri dengan program KRT, seterusnya menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ada di kawasan kediaman masing-masing.

 ?? Mazlan Lazim ?? Kita pun tidak tahu mengapa sambutanny­a dingin padahal rakyat yang mahukan kegiatan perjudian ini dibanteras tetapi bila kita minta maklumat, mereka tidak mahu salur maklumat”
Mazlan Lazim Kita pun tidak tahu mengapa sambutanny­a dingin padahal rakyat yang mahukan kegiatan perjudian ini dibanteras tetapi bila kita minta maklumat, mereka tidak mahu salur maklumat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia