Harian Metro

Geng Aru samun, rogol warga asing

-

Menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun, merogol dan mencabul mangsanya menjadi taktik kumpulan penjenayah dikenali Geng Aru.

Dianggotai enam lelaki berusia 17 hingga 40-an, mereka itu mensasarka­n warga asing di sekitar daerah ini sejak tahun lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka berjaya dikesan pihak berkuasa selepas enam mangsa iaitu tiga lelaki dan tiga wanita tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, dalam kejadian jam 3 petang 30 Julai lalu, tiga wanita warga asing itu ditahan geng berkenaan di Bandar Baru Klang sebelum dibawa ke Bukit Kuda menaiki sebuah kereta.

“Seorang daripada mangsa kemudian dirogol dua suspek manakala dua lagi dicabul suspek lain.

“Selain itu, barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit mangsa terbabit juga disamun.

“Mereka disyaki menyamun tiga lelaki warga asing berdasarka­n pengecaman wajah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah

(IPD) Klang Utara di sini, semalam.

Menurutnya, enam suspek ditahan secara berasingan antara 2 hingga 7 Ogos lalu di sekitar Shah Alam dan daerah ini.

“Mereka juga didapati positif dadah dan lima daripadany­a turut mempunyai rekod lampau jenayah membabitka­n curi serta samun.

“Mereka direman sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Mazelan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395, Seksyen 170 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia