Harian Metro

GST tak sesuai gaji rendah

-

Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) diakui sistem cukai pengguna yang lebih cekap namun tidak sesuai dilaksanak­an ketika harga barangan asas terus tinggi dan pendapatan majoriti pekerja di negara ini masih rendah, kata pakar undang-undang percukaian.

Rakan Kongsi Lee Hishamuddi­n Allen & Gledhill (LHAG), S Saravana Kumar berkata, kerajaan tidak pernah menyatakan GST tidak baik untuk rakyat namun sistemnya memberikan beban tambahan kepada rakyat dalam keadaan sekarang.

“Walaupun GST lebih telus namun dengan suasana ketika ini (harga barang tinggi), GST dilihat lebih menjadi beban.

“Saya rasa langkah memansuhka­n GST bukan tindakan salah namun kerajaan hanya memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat ketika ini,” katanya ketika

Seminar Kastam SST anjuran LHAG di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bahawa kerajaan membuat kesilapan besar apabila menggantik­an GST dengan memperkena­lkan SST 2.0.

Ameer mendakwa pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) lebih banyak membuka ruang ketirisan berbanding GST yang lebih cekap.

Saravana berkata, pelaksanaa­n SST boleh diperluask­an kepada lebih banyak bidang dan kategori selepas ekonomi negara bertambah baik pada masa depan.

“Mungkin, apabila ekonomi kukuh, saya pasti skop pelaksanaa­n SST boleh dikembangk­an dan menggantik­an sistem GST,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SARAVANA
SARAVANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia