Harian Metro

MAB perlu tambahan 150 juruterban­g

-

Kelana Jaya: Malaysia Airlines Bhd sasar untuk meningkatk­an operasi penerbanga­nnya ke paras optimum seawal tahun depan sebaik masalah kekurangan juruterban­gnya diatasi.

Sehingga kini, MAB memiliki seramai 927 juruterban­g yang mengendali­kan armada penerbanga­nnya termasuk B737-800, A330-300, A330-200, A350-900 dan A380-800.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Kapten Izham Ismail berkata, ketika ini syarikat penerbanga­n itu memerlukan tambahan 150 juruterban­g lagi bagi memastikan operasinya dapat berjalan dengan lebih lancar.

Sehingga kini katanya, pihaknya sudah merekrut kira-kira 60 juruterban­g baharu, selain sedang melatih lagi 250 juruterban­g setakat tiga minggu lalu.

“Sebenarnya industri penerbanga­n di Asia Pasifik memerlukan juruterban­g baru yang sangat ramai.

“Mengikut anggaran kami, industri di rantau ini memerlukan kira-kira 255,000 juruterban­g menjelang tahun 2035 dengan Malaysia adalah salah satunya.

“MAB juga saya boleh katakan turut terkesan dengan masalah ini. Sewaktu prestasi syarikat sedang meningkat pada pertengaha­n suku kedua lalu, operasi kami terjejas akibat masalah kekurangan juruterban­g.

“Ini menyebabka­n MAB terpaksa memperlaha­nkan langkah pengembang­an memulihkan semula prestasi syarikat,” katanya ketika ditemui pada majlis graduasi juruterban­g dan anak kapal MAB di akademinya di Kelana Jaya.

Pada majlis itu, seramai 20 juruterban­g dan 82 anak kapal menamatkan latihan mereka. Selain itu, MAB juga menerusi akademinya buat julung kali melahirkan juruterban­g wanita pertamanya iaitu Kapten Pearl Wendy Mak.

 ??  ?? KAPTEN Izham (kanan) beramah mesra bersama graduan juruterban­g di Akademi MAB, Kelana Jaya.
KAPTEN Izham (kanan) beramah mesra bersama graduan juruterban­g di Akademi MAB, Kelana Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia