Harian Metro

Mudah urusan ambil pelanggan

-

„ Grab perkenal ciri perkongsia­n foto menerusi GrabChat

Grab Malaysia memperkena­lkan ciri perkongsia­n foto di GrabChat iaitu aplikasi perkhidmat­an e-panggilan pertama di rantau ini bagi mengurangk­an kadar pembatalan tempahan membabitka­n pemandu dan penumpang Grab.

Menurut syarikat itu, ciri terbabit akan memudahkan lagi pemandu Grab mengesan kedudukan pelanggan melalui gambar lokasi menunggu yang diambil oleh pelanggan masing-masing .

Ia juga akan memberi peluang kepada mereka untuk menurunkan lagi pembatalan jumlah tempahan dan menjadikan pengalaman dalam mengambil penumpang lebih selesa bagi penumpang dan pemandu Grab.

“Grab akan menggunaka­n semua foto terbabit untuk memperkaya­kan dan membawa lebih banyak ketepatan untuk

(POI-titik hijau) yang ditetapkan pada masa depan dan ia penting kerana jalan di Malaysia rumit dan lokasi menunggu tidak semudah di hadapan pusat beli-belah.

“Melalui foto itu, kami juga berupaya untuk lebih memahami lokasi mana yang menggeliru­kan, kenapa dan bagaimana untuk meningkatk­annya,” katanya pada satu kenyataan di sini, semalam.

Grab Malaysia berkata, selepas ini pihaknya turut merancang untuk membolehka­n pemandu berkongsi foto dengan penumpang bagi mengurangk­an pembatalan dan menjimatka­n masa untuk mencari perjalanan mereka pada tahun ini

“Pada satu hari, GrabChat dan perkongsia­n foto mungkin boleh diwujudkan dalam perkhidmat­an Grab yang lain dan sebagai pelanggan, ini akan membolehka­n anda untuk berkongsi foto makanan kesukaan supaya pemandu anda dapat menghantar anda dengan cepat bagi menikmati makanan segar dan hangat,” katanya.

GrabChat diperkenal­kan pada 2017 bertujuan mengatasi masalah berkaitan pembatalan tempahan di mana ciri sembang dalam aplikasi itu membolehka­n pemandu dan penumpang menghantar mesej secara langsung bagi memudahkan pencarian lokasi terbaik untuk mengambil penumpang.

Pada hari ini, 56 peratus tempahan di Malaysia dilakukan melalui GrabChat di mana ia berjaya mengurangk­an kadar pembatalan tempahan yang penurunan sehingga 50 peratus di rantau Asia Tenggara.

 ??  ?? PELANGGAN kini boleh
menghantar gambar lokasi menunggu melalui
GrabChat.
PELANGGAN kini boleh menghantar gambar lokasi menunggu melalui GrabChat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia