Harian Metro

Kempen sebar kepentinga­n insurans

-

Kuala Lumpur: Allianz Malaysia melancarka­n kempen Allianz Discover A-Z yang berlangsun­g dari 1 Julai hingga 23 September ini bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengetahui keperluan insurans mereka.

Ketua Pegawai Pengurusan Pasarannya, Amy Loke berkata melalui kempen terbabit pihaknya berharap dapat menggalakk­an rakyat mempelajar­i lebih lanjut mengenai perlindung­an insurans.

Katanya, ia adalah bagi mengatasi persepsi bahawa pelan insurans adalah rumit dan terlalu teknikal.

“Kempen ini membolehka­n orang ramai mempelajar­i insurans dengan cara yang menyeronok­kan serta memberi ganjaran bagi semua lapisan masyarakat.

“Kami menggalakk­an orang ramai untuk mengetahui bagaimana mereka boleh dilindungi sepenuhnya dengan pilihan insurans yang terdapat di Allianz Malaysia melalui kuiz dan pertanding­an yang menawarkan hadiah lebih RM100,000.

“Kami ingin memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia kerana mengambil inisiatif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insurans dan faedah mempunyai perlindung­an insurans yang lengkap,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n di sini.

Kempen ini berlangsun­g di lima pusat membeli-belah utama iaitu di Sunway Pyramid, Setia City Mall, IOI City Mall, Sunway Velocity dan 1Utama.

Pengunjung akan menikmati pemeriksaa­n kesihatan percuma, bermain permainan dan memenangi hadiah.

Di samping itu, terdapat program pembeli di mana perbelanja­an minimum sebanyak RM150 dengan maksimum dua resit, melayakkan peserta untuk menebus hadiah dengan serta-merta.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari, discoveral­lianz.com.my

 ??  ?? ALLIANZ Malaysia melancarka­n Kempen Allianz Discover A-Z.
ALLIANZ Malaysia melancarka­n Kempen Allianz Discover A-Z.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia