Harian Metro

DERITA DUA JAM

- Agensi

Seorang lelaki terpaksa menempuh perjalanan 40 kilometer untuk mendapat rawatan selepas perutnya ditusuk tiga batang besi sepanjang kira-kira 0.9 meter akibat terjatuh ketika membuat kerja pembinaan, lapor media tempatan.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Rabu lalu, Uday Sardar, 45, yang meletakkan plaster pada bumbung sebuah rumah dua tingkat terjatuh ke atas batang besi berkenaan yang menusuknya di bahagian perut sehingga tembus ke belakang, lapor Times of India.

Portal Millenium Post melaporkan, pekerja lain segera memotong batang besi berkenaan dan mengejarka­nnya ke hospital terdekat, namun disebabkan kekurangan kemudahan dia terpaksa dibawa pula ke hospital lain di Kolkata menaiki van.

Sepanjang perjalanan dua jam itu, rakannya terpaksa memastikan badannya sentiasa dalam keadaan duduk untuk mengelak kecederaan lebih teruk.

Di Kolkata, imbasan x-ray menunjukka­n tiga batang besi berkenaan nyaris menusuk hati dan buah pinggangny­a,

„ Pekerja binaan ditusuk tiga batang besi tempuh perjalanan 40km untuk rawatan

manakala sebahagian kecil ususnya tertebuk, namun dia bernasib baik organ terbabit tidak mengalami kecederaan teruk.

Doktor pada mulanya merancang menggunaka­n gergaji elektrik untuk memotong batang besi berkenaan bagi memudahkan pembedahan, namun mengubah fikiran apabila menyedari gegaran proses itu mungkin menyebabka­n kecederaan tiga organ terbabit.

Susulan itu, pakar bedah memutuskan terus melakukan pembedahan untuk mengeluark­an batang besi berkenaan walaupun berdepan kemungkina­n Sardar mengalami pendarahan teruk ketika proses itu.

Pakar bedah Sandip Gosh berkata, pembedahan selama tiga jam setengah itu membabitka­n tujuh ketua jabatan dan menyifatka­n lelaki itu amat bernasib baik kerana tidak satupun organnya cedera teruk.

 ??  ?? RAKAN Sardar segera memotong batang besi untuk menyelamat­kannya. - Agensi
RAKAN Sardar segera memotong batang besi untuk menyelamat­kannya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia