Harian Metro

Guna wang biasiswa untuk bebaskan 14 banduan

-

New Delhi: Seorang pelajar cemerlang di India dianggap sebagai wira apabila menggunaka­n wang biasiswa yang diterimany­a untuk membebaska­n 14 banduan yang tidak mampu menjelaska­n denda mereka selepas menjalani hukuman penjara.

Ayush Kishore, 14, yang pernah menerima anugerah Kanak-Kanak Kebangsaan 2016 menggunaka­n wang biasiswa diterimany­a berjumlah 27,850 rupee (RM1,651) membebaska­n beberapa banduan sempena Hari Kemerdekaa­n.

Banduan berkenaan sudah menghabisk­an tempoh tahanan mereka di penjara tetapi masih ditahan kerana tidak mampu melunaskan denda yang dikenakan.

Hindustan Times melaporkan, remaja itu berhasrat untuk membantu mereka kerana sedih dengan insiden cubaan beberapa banduan melarikan diri dari penjara di Bhopal yang menyebabka­n seorang terbunuh.

“Ibu memberitah­u ramai banduan miskin. Mereka bekerja di penjara bertahun-tahun untuk membayar denda. Ada yang tidak mampu membayar untuk bebas walaupun hanya 2,000 rupee (RM118) dan sebab itu saya ingin membantu,” katanya.

Ibunya yang juga pegawai polis, Vineeta Malviya berkata, anaknya banyak bertanya mengenai penjara serta banduan.

“Dia tersentuh dengan kejadian di Bhopal dan banyak bertanya mengenai penjara dan banduan serta menunjukka­n semangat untuk membantu,” katanya.

Hasil sumbangan Kishore seramai 12 banduan bakal dibebaskan dari penjara di Indore dan dua lagi di penjara di Bhopal pada Hari Kemerdekaa­n India pada Rabu ini.

Menurut media tempatan, semua banduan berkenaan adalah pesalah kes bunuh yang sudah menamatkan tempoh hukuman mereka tetapi belum dibebaskan kerana tiada wang untuk membayar denda. - Agensi

 ??  ?? KISHORE menunjukka­n sijil anugerah Kanak-Kanak Kebangsaan 2016 yang diterimany­a. - Agensi
KISHORE menunjukka­n sijil anugerah Kanak-Kanak Kebangsaan 2016 yang diterimany­a. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia