Harian Metro

HAFIZH AKUR

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

„ Pescao tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 pada penampilan sulung GP Austria

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 selepas berakhirny­a pusingan ke-11 Grand Prix Austria, semalam.

Hafizh yang mewakili pasukan

Monster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP terlepas meraih satu mata dengan catatan masa 39 minit 30.343 saat jauh ketinggala­n daripada pemenang Jorge Lorenzo dari Sepanyol.

“Pada awal segala-galanya berjalan lancar, namun saya sedikit kecewa kerana tidak beraksi baik ketika pusingan kelayakan.

“Ini penampilan pertama saya di litar ini dalam saingan MotoGP. Bukan mudah menunggang dalam keadaan cuaca tidak menentu. Jentera cukup baik tapi saya gagal menamatkan saingan di kedudukan lebih baik,” katanya.

Bagaimanap­un, pelumba kelahiran Ampang itu masih mendahului gelaran pelumba muka baharu terbaik 2018 dengan pencabar terdekat Franco Morbidelli menamatkan siangan di tangga ke-19.

Lorenzo muncul juara selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 39.40.688s untuk mengatasi Marc Marquez hanya dipisahkan 0.13s di belakang.

Sementara itu, kehampaan penunggang Moto3 negara, Adam Norrodin di Litar Brno, Republik Czech minggu lalu gagal ditebus apabila menamatkan perlumbaan di luar pungutan mata, semalam.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing itu yang memulakan saingan di petak ke-10 di Litar Red Bull Ring mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-17, ketinggala­n 19.419 saat di belakang pemenang, Marco Bezzecchi.

Adam yang tidak menamatkan perlumbaan di Brno akibat kemalangan tidak dapat menyembuny­ikan kekecewaan­nya.

“Saya benar-benar kecewa hari ini kerana saya amat mengharapk­an keputusan yang baik. Saya dapat rasakan saya boleh meraih keputusan yang lebih baik,” kata Adam.

 ??  ?? AKSI Hafizh di GP Austria, semalam.
AKSI Hafizh di GP Austria, semalam.
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia