Harian Metro

Nadal jumpa Tsitsipas final Masters Toronto

-

Toronto: Rafael Nadal menewaskan Karen Khachanov dari Russia 7-6 (7/3), 6-4 untuk mara ke final Masters Toronto menentang Stefano Tsitsipas.

Ikon Sepanyol itu tekad ‘menjejaska­n’ sambutan hari jadi ke-20 pemain muda dari Greece itu yang mara ke final kedua dalam kariernya selepas menewaskan naib juara Wimbledon, Kevin Anderson 6-7 (4/7), 6-4, 7-6 (9/7).

Pemain nombor satu dunia itu memenangi pertarunga­n antara dua generasi itu dengan menewaskan Tsitsipas April lalu di Barcelona.

“Menang perlawanan ini dan mara ke final Toronto amat penting.

“Saya sentiasa bermotivas­i setiap hari setiap kali bangun tidur dan selalu ada sesuatu yang boleh diperbaiki,”

(gambar)

kata pemain berusia 32 tahun itu.

“Saya mahu terus beraksi dalam sukan ini selama mana yang mungkin.”

Nadal akan beraksi di final ATP ke-116 dan hanya kurang dua kejuaraan untuk merangkul trofi ke-80.

Tsitsipas pula terus mencipta kejutan dengan menewaskan jagoan Afrika Selatan, Anderson pada satu lagi aksi separuh akhir.

Tsitsipas muncul pemain pertama sejak 2014 menewaskan empat pemain dalam 10 kelompok teratas dalam aksi Masters 1000 sejak Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis melakukann­ya pada 2014.

Dia juga pemain bukan pilihan pertama mara ke final sejak Nicolas Kiefer dari Jerman pada 2008. - AFP

St Louis, Amerika Syarikat: Tiger Woods mempamerka­n keazaman untuk menjulang kejuaraan utama pertamanya dalam tempoh 10 tahun ketika juara Terbuka Amerika Syarikat dua kali Brooks Koepka mendahului tiga pukulan selepas pusingan ketiga Kejuaraan PGA.

Woods, juara 14 gelaran utama dari Amerika Syarikat yang kembali beraksi selepas pembedahan tulang belakang, mencatat lima birdie dalam lapan lubang pertama dan berkongsi tangga keenam dengan lapan bawah par selepas 54 lubang di Bellerive Country Club.

Ia membuatkan Woods ketinggala­n lima pukulan berbanding rakan senegarany­a Koepka yang mencatat lima birdie daripada sembilan lubang pertama untuk

(gambar)

 ??  ??
 ??  ?? KHACHANOV
KHACHANOV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia