Harian Metro

Lorenzo takluk GP Austria

- AFP

Jorge Lorenzo membuktika­n kepada Marc Marquez dia lebih layak menjuarai Grand Prix Austria selepas mengharung­i persaingan sengit hingga pusingan terakhir sebelum menakluk Litar Red Bull Ring, semalam.

Lorenzo dan Marquez dari Honda saling bertukar kedudukan selaku pendahulu ketika perlumbaan sebelum pelumba pasukan Ducati itu melepasi garisan penamat untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini.

Marquez masih mengunggul­i carta pendahulu kejuaraan dengan kelebihan 59 mata manakala Lorenzo mendaki ke tangga ketiga di depan rakan sepasukann­ya dari Itali, Andrea Dovizioso yang menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Pelumba Sepanyol, Lorenzo yang akan menyertai Honda musim depan berkata, dia berusaha untuk memelihara tayarnya di awal perlumbaan dan ia membuahkan hasil.

“Sepuluh pusingan terakhir, saya memutuskan untuk menyerang,” kata Lorenzo sejurus perlumbaan.

“Saya nampak kuat di sesetengah kawasan, seperti mendaki bukit, dia lebih berkuasa pada selekoh kedua.

“Apabila saya memintasny­a, saya memberikan segala-galanya dan saya berada di penghujung had saya. Salah satu kemenangan terbaik saya.”

Marquez boleh menarik nafas lega apabila pencabarny­a dalam kejuaraan, Valentino Rossi dari Yamaha yang memulakan perlumbaan di petak ke-14 menamatkan saingan di tangga keenam.

“Ini perlumbaan yang saya nikmati,” kata Marquez.

“Saya memberikan segala-galanya. Saya mahu mempertaha­nkan posisi saya tapi dia menewaskan saya di laluan lurus. Persembaha­n yang hebat.”

„ Pelumba Ducati bersaing sengit dengan Marquez ungguli Litar Red Bull Ring

 ??  ?? LORENZO (tengah) meraikan kejuaraan dengan pasukan Ducati.
LORENZO (tengah) meraikan kejuaraan dengan pasukan Ducati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia