Harian Metro

Ledakan Bale

- Agensi

„ Aksi tajam bantu juarai Santiago Bernabeu

Gareth Bale terus mempamerka­n ketajaman sentuhan penyudah dengan menjaringk­an gol dalam tiga aksi persahabat­an pramusim buat Real Madrid, terbaru ketika menewaskan AC Milan 3-1 untuk meraih Trofeo Santiago Bernabeu, awal pagi semalam.

Bale turut meledak ketika menentang Juventus dan AS Roma dalam jelajah Madrid di Amerika Syarikat minggu lalu, meneruskan rekod cemerlang menentang kelab Itali apabila meledak jaringan dari jarak dekat sebelum berakhir babak pertama.

Terdahulu Karim Benzema menjaringk­an gol susulan hantaran Dani Carvajal seawal minit kedua.

Milan pantas menyamakan kedudukan menerusi gerakan Gonzalo Higuain yang mara ke kotak penalti dan melepaskan rembatan menewaskan Keylor Navas. Dia tampil buat kali pertama bersama Milan selepas meninggalk­an Juventus minggu lalu.

Pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-27 namun Navas berjaya menafikan sepakan percuma Giacomo Bonaventur­a.

Real mengukuhka­n kedudukan sebelum tamat babak pertama apabila Milan gagal mengeluark­an bola susulan sepakan penjuru dan Bale menolak masuk bola mengatasi penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

Separuh masa kedua tidak banyak peluang meledak jaringan buat kedua-dua pasukan apabila melakukan banyak pertukaran.

Madrid memberikan penampilan sulung kepada pemain baru, Vinicius Junior selain penjaga gol remaja, Andriy Lunin.

Luka Modric turut diturunkan pada minit ke-77 walaupun ada laporan dia mungkin dijual kepada Inter Milan.

 ??  ?? AKSI Bale (tengah) sejurus menjaringk­an gol ketika menentang AC MIlan.
AKSI Bale (tengah) sejurus menjaringk­an gol ketika menentang AC MIlan.
 ??  ?? PEMAIN Real Madrid berpesta ‘membelasah’ AC Milan.
PEMAIN Real Madrid berpesta ‘membelasah’ AC Milan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia