Harian Metro

PERMULAAN BAIK

„ Sarri mahu pemain tingkat kualiti selepas kemenangan pertama

- Agensi Huddersfie­ld, England

Kami perlu

perbaiki permainan untuk melindungi bahagian pertahanan

Maurizio Sarri

Maurizio Sarri menyatakan Chelsea perlu memanfaatk­an baki bulan ini untuk memperting­katkan kualiti permainan mereka meskipun memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan susulan kemenangan 3-0 ke atas Huddersfie­ld Town.

Jaringan N’Golo Kante, pemain baru Jorginho dan

Pedro Rodriguez memberikan kemenangan meyakinkan buat Chelsea di Stadium John Smith dan pembelian termahal kelab itu Kepa Arrizabala­ga memastikan gawang mereka tidak dibolosi pada penampilan pertamanya sebagai penjaga gol Blues.

Eden Hazard turut mempamerka­n aksi bertenaga biarpun tampil seketika sebagai pemain gantian pada minit ke-76, mencipta gol ketiga buat Chelsea, memastikan permulaan hampir sempurna buat Sarri di

pentas bola sepak Inggeris yang meramalkan pasukannya berdepan masalah prestasi yang menjejaska­n keputusan perlawanan pada babak pertama musim ini.

Biarpun mengakui gembira dengan tiga mata itu, Sarri berharap pemain dapat menyesuaik­an diri dengan ideanya sebelum pertanding­an antarabang­sa dan Liga Europa mula menjejaska­n jadual Chelsea.

“Saya benar-benar gembira kerana pada peringkat awal musim, saya fikir adalah mudah untuk meraih mata,” kata Sarri.

“Separuh masa pertama begitu sukar. Jika anda lihat kepada keputusann­ya ia mungkin satu perlawanan yang mudah.

“Pada babak pertama, kami berdepan masalah dalam 15 minit pertama untuk mena-

ngani pasukan yang menampilka­n kekuatan fizikal. Kami tidak mempunyai kekuatan seperti itu.

“Saya fikir apa yang terbaik dalam perlawanan itu adalah keupayaan kami bertahan selama 15 minit. Namun, kemudian saya terfikir mungkin pada separuh masa kedua, lawan agak keletihan dan ia menjadi lebih mudah. Kedua-dua pasukan menguasai perlawanan dengan seimbang jadi Sarri berpendapa­t pasukannya perlu menangani situasi itu.

“Pada beberapa ketika dalam perlawanan itu, kami perlu perbaiki permainan untuk melindungi bahagian pertahanan dan memberi tekanan terhadap pertahanan lawan,” kata Sarri.

“Kami perlu pantas membawa bola yang saya fikir kami tidak melakukann­ya pada separuh masa pertama. Kami semakin baik pada separuh masa kedua, tapi ketika itu, kami mempunyai lebih banyak ruang dan masa.”

 ??  ??
 ??  ?? KANTE buka tirai jaringan Chelsea. JORGINHO (kiri) lebar penguasaan Chelsea dengan gol kedua. PEDRO (kanan) manfaat bantuan Hazard dengan meledak gol ketiga pasukan.
KANTE buka tirai jaringan Chelsea. JORGINHO (kiri) lebar penguasaan Chelsea dengan gol kedua. PEDRO (kanan) manfaat bantuan Hazard dengan meledak gol ketiga pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia