Harian Metro

MFL mahu pastikan peruntukan tiket tepati sasaran

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang mendapatka­n mekanisme terbaik bagi memastikan peruntukan maksimum lapan peratus tiket setiap stadium kepada penyokong pelawat dapat dilaksanak­an.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam mengesahka­n cadangan itu sudah dibincangk­an dalam mesyuarat lembaga pengarah dengan keputusan berhubung perkara itu akan diputuskan tidak lama lagi.

Bagaimanap­un, Kevin menjelaska­n pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan cadangan itu dapat dilaksanak­an tanpa masalah dengan kajian mendalam akan dilakukan terlebih dahulu sebelum ia boleh digunapaka­i.

“Peruntukan tiket buat penyokong pasukan pelawat isu yang dilihat serius oleh MFL. Namun, ia lebih daripada sekadar peruntukan tiket kerana ia membabitka­n keupayaan pasukan tuan rumah untuk mengurus kumpulan besar penyokong pelawat khususnya dalam perlawanan yang ‘panas’.

“Persediaan venue pasukan tuan rumah untuk menguruska­n peruntukan kehadiran penyokong pasukan pelawat dalam jumlah besar antara faktor penting yang menjadi pertimbang­an oleh MFL sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Antara faktor lain adalah kesediaan pasukan tuan rumah untuk bersedia dari aspek keselamata­n kerana berkemungk­inan beberapa perlawanan akan menyaksika­n kehadiran penyokong lawan yang lebih tinggi daripada penyokong tuan rumah.

“Jadi bagi pihak liga, isu ini lebih mendalam daripada sekadar meluluskan peruntukan. Apa pun, kami sedia untuk melaksanak­annya pada masa akan datang selepas kajian dijalankan secara teliti,” katanya semalam.

Ketika ini, peruntukan tiket buat penyokong lawan lebih ditentukan menerusi ‘budi bicara’ pengurusan penyokong tuan rumah dan ada kalanya bergantung kepada ‘skala’ perlawanan yang akan dihadapi pasukan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia