Harian Metro

‘KITA TAK SALAH’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Hamidin anggap pemain negara cuba pertahanka­n diri

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap keputusan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) susulan insiden pergaduhan pada aksi persahabat­an antara skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Ahad lalu, memihak kepada mereka.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan insiden pergaduhan membabitka­n pemain dan pegawai kedua-dua pasukan di hujung perlawanan itu kadangkala boleh berlaku di luar kawalan.

Malah beliau yakin, pembabitan anak buah Datuk Ong Kim Swee dalam insiden itu hanya atas dasar untuk mempertaha­nkan diri selepas diserang oleh pemain dan pegawai pasukan pelawat.

“Saya kira insiden di Shah Alam itu kadang-kadang 10 tahun sekali boleh berlaku, jadi kita tak boleh elakkan, saya ada di stadium ketika itu dan melihat pemain kita mempunyai semangat kesukanan yang tinggi, tapi terpaksa bertindak balas semula atas dasar mempertaha­nkan diri.

“Namun, saya harap ini satu iktibar kepada pasukan kita untuk lebih berhati-hati dalam situasi ini.

“Ada banyak pihak mengatakan mungkin mereka (pemain UAE) dalam keadaan tertekan apabila kalah dan mereka tak perlu menyerang pemain kita, jadi kita berharap pemain tak terikut-ikut dan melupakan insiden itu,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menyaksika­n sesi latihan skuad B-23, semalam.

Aksi panas tercetus di Stadium Shah Alam apabila pemain dan pegawai UAE ‘mengganas’ dengan menyerang pemain Malaysia selepas insiden kekasaran berlaku di tengah padang.

FAM sudah menghantar laporan kepada AFC dan Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John dalam laporan Sukan NSTP semalam menegaskan pihaknya bersedia mengambil tindakan termasuk menggantun­g mana-mana pemain dan pegawai yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Ketika ditanya kemungkina­n keputusan mengenai insiden itu hanya akan diketahui selepas Sukan Asia, Hamidin berkata, mereka menyerahka­n semuanya kepada AFC.

“Kita menghantar laporan seperti diminta AFC, saya sudah berbincang dengan Datuk Windsor, saya harap buat sementara ini mungkin kita harap keputusan yang baik.

“Apa pun kita terima sebarang keputusan kalau keputusan itu kita perlu pertahanka­n kita kena pertahanka­n, buat sementara ini kita harap keputusan menyebelah­i kita,” katanya.

Hamidin berharap insiden itu tidak akan menjejaska­n fokus pemain dan beliau percaya skuad kendalian Kim Swee mampu melakukan kejutan untuk cuba melangkah jauh dalam kempen Sukan Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia