Harian Metro

Dua remaja maut kereta masuk sungai

-

Semporna: Dua remaja maut manakala empat lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Kilometer 30 Jalan SempornaTa­wau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 7.20 malam itu, Mohd Iqram Robert, 18, dan Mohd Razmin Kadarian, 19, masingmasi­ng dari Kampung Bangau-Bangau dan Kuarters Jabatan Air Semporna, maut di tempat kejadian.

Seorang mangsa Nor Mohd Nadzrul Nizam cedera parah manakala tiga lagi dikenali sebagai Muhammad Ilyas

Herman, Mohd Harmizan Maksut dan Muhammad Firdaus yang memandu kenderaan terbabit iaitu Toyota Fortuner, cedera ringan. Semua mangsa berusia 18 tahun.

Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari pekan Semporna ke Tawau.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Peter Umbuas berkata, siasatan awal polis mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Kenderaan itu kemudian melanggar penghadang jalan lalu merempuh tembok jambatan dan menjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 10 meter,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Peter berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.30 malam sebelum menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera dan Unit Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba menjalanka­n usaha mengeluark­an semua mangsa sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 9.30 malam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia