Harian Metro

Lelaki dicekup terbabit kes pecah rumah

-

Tebedu: Kegiatan seorang lelaki Indonesia dipercayai terbabit dengan jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini terbongkar selepas dia ditahan di sebuah rumah di Bandar Baru Mutiara di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion ke-11, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching, jam 7.20 pagi.

Pasukan itu yang menjalanka­n Op Batas mendapat maklumat risikan mengenai kegiatan suspek sebelum pemantauan dan pemerhatia­n dilakukan sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Superinten­dan Rosdi Inai berkata, dalam serbuan itu polis menemui wang tunai berjumlah RM3,075, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, subang, rantai dan cincin emas di rumah berkenaan.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Lasain, Kabupaten Mflaka Bilu, Indonesia itu bagaimanap­un gagal memberikan penjelasan mengenai pemilikan wang tunai serta barangan rampasan lain di rumah berkenaan.

“Polis tidak menolak kemungkina­n suspek menjalanka­n kegiatan jenayah untuk mendapatka­n wang tunai dan barangan berharga lain yang ditemui polis kerana tidak dapat memberi penjelasan munasabah kepada pasukan serbuan.

“Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati suspek tinggal di negara ini melebihi masa kerana pasport dimilikiny­a sudah tamat tempoh,” katanya, semalam.

Rosdi berkata, suspek kemudianny­a diserahkan kepada Balai Polis Tebedu untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? WANG tunai, telefon bimbit pelbagai jenis, subang, rantai dan cincin emas dirampas.
WANG tunai, telefon bimbit pelbagai jenis, subang, rantai dan cincin emas dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia