Harian Metro

Simpan senjata buat sendiri

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

„ Pengawal keselamata­n antara

15 individu ditahan atas pelbagai kesalahan

Pengawal keselamata­n ditahan kerana memiliki senapang angin dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar daerah ini, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, lelaki berusia 21 tahun terbabit adalah antara 15 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan.

Difahamkan, lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamata­n di kawasan tapak pembinaan sebuah hospital ditahan selepas didapati memiliki senjata buatan sendiri bersama tabung simpanan peluru di dalam pondok pengawal itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek itu adalah antara 15 individu yang ditahan dalam operasi dijalankan bersama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), RELA dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

“Kami menumpukan lima kawasan sekitar bandar raya dan hasil operasi selama tujuh jam itu, kami berjaya menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI), tiga lagi didapati positif dadah dan seorang lelaki didapati memiliki senjata api serta tabung peluru.

“Semua individu terbabit akan disiasat mengikut kesalahan masing-masing iaitu Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjatapi 1960,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Habibi berkata, operasi itu akan dilakukan secara berterusan pada masa akan datang dan orang ramai diminta untuk terus memberi maklumat kepada polis bagi membolehka­n pihaknya menjalanka­n operasi pencegahan jenayah.

“Ini adalah antara usaha kita untuk membantera­s jenayah, kehadiran PATI dan penyalahgu­naan dadah di sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

 ??  ?? PENGAWAL keselamata­n ditahan miliki senapang angin dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar daerah Kota Kinabalu.
PENGAWAL keselamata­n ditahan miliki senapang angin dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia