Harian Metro

Nenek hilang tak jumpa jalan pulang

-

Kota Belud: “Sudah beberapa kali dia keluar rumah dan tidak dapat ingat jalan pulang kerana nenek sudah tua,” kata Normah Ensum, 41, cucu kepada wanita warga emas yang hilang di hutan sejak Jumaat lalu di Kampung Taburan, di sini.

Menurut Normah, neneknya, Sinayoh Masukong, 86, hanya disedari tiada di rumah kira-kira jam 5.30 pagi dan dipercayai sesat di kawasan hutan berhampira­n rumahnya.

“Seorang penduduk kampung terlihat nenek saya pada jam 6 pagi hari sama dalam keadaan tersangkut di dahan berduri kira-kira 300 meter dari rumahnya di kawasan hutan.

“Penduduk cuba membantu, namun tidak berjaya kerana nenek saya bisu, pekak dan enggan dibantu ketika itu menyebabka­n dia terpaksa mendapatka­n bantuan daripada penduduk lain,” katanya semalam.

Bagaimanap­un, Normah berkata, selepas mendapatka­n bantuan penduduk lain dan kembali semula ke kawasan berkenaan, neneknya sudah tiada di lokasi itu.

“Sehubungan itu, kami membuat laporan polis dan menghubung­i bomba untuk mendapatka­n bantuan mencari nenek yang hilang.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat­kan mangsa sedang dilakukan Bomba dan Penyelamat , polis dan beberapa agensi lain sejak semalam namun belum ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 21 anggota bomba terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat­kan mangsa semalam.

 ??  ?? LOKASI pencarian Sinayoh (gambar kecil) yang hilang di hutan sejak Jumaat lalu.
LOKASI pencarian Sinayoh (gambar kecil) yang hilang di hutan sejak Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia