Harian Metro

MALAYSIA BAWA PULANG JET JHO LOW RM142 JUTA

„ Kerajaan berusaha dapatkan aset disyaki dibeli guna wang 1MDB

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Selepas berjaya membawa balik kapal mewah Equanimity, Malaysia kini berusaha membawa pulang jet peribadi yang didakwa milik jutawan kontrovers­i Low Taek Jho atau Jho Low.

Susulan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia berbincang dengan Singapura berhubung perkara itu.

Dipercayai, jet jenis Bombardier Global 5000 berharga AS$35 juta (RM142 juta) itu dibeli menggunaka­n dana syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, ada pihak dalam kerajaan yang menguruska­n ‘operasi’ membawa pulang aset yang dibeli menggunaka­n duit 1MDB dari Singapura.

“Ya, saya fikir begitu. Kita mesti bawa pulang semula.

“Saya tidak tahu siapa, tetapi ada pihak (dalam kerajaan) menguruska­n hal itu. Memang kita berusaha untuk memperoleh semula wang yang dicuri daripada kerajaan,” katanya kepada media selepas kunjungan ke pameran lukisan-Tun M: A

Forever Legacy di Universiti Perdana, semalam.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa kerajaan tahu siapa pihak yang menyelewen­g wang 1MDB.

Bagaimanap­un, beliau berkata, masalahnya ketika ini adalah kerajaan belum dapat memastikan di mana ‘dalang’ dan aset berkenaan berada secara spesifik.

“Semua itu akan terungkai bergantung kepada bukti yang diperoleh bahawa wang aset itu kepunyaan kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengulas mengenai kenyataan Jho Low yang mendakwa Kerajaan Malaysia ‘memperguna­kan’ Amerika Syarikat untuk membawa pulang kapal layar Equanimity ke pelabuhan negara.

Susulan itu, Perdana Menteri meminta Jho Low bertanya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat adakah beliau ‘mengawal’ mereka untuk mengeluark­an sebarang kenyataan atau makluman.

“Anda (Jho Low) boleh tanya pihak berkuasa Amerika Syarikat sama ada saya yang menyiapkan skrip, susun perkataan untuk digunakan dan sumbat dalam mulut mereka untuk bercakap. Dia patut terima (penahanan kapal layar Equanimity).

“Saya amat berbangga jika dapat sumbat mulut kerajaan Amerika Syarikat. Saya pasti lebih hebat daripada (Donald) Trump (Presiden Amerika Syarikat),” katanya secara sindiran.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia