Harian Metro

CEMBURU TETAK ISTERI

„ Wanita ditetak suami cemburu turut patah kaki kanan dibelasah

- lapor Hadzlihady Hassan dan Mohamed Basyir

> Dek terlalu marahkan isteri akibat cemburu keterlalua­n dikatakan berpunca ada orang ketiga, seorang suami sanggup menyerang isteri dengan sebilah pisau hingga terputus pergelanga­n tangan kirinya. Bapa mangsa sempat mengutip pergelanga­n tangan anak perempuann­ya itu dan meletakkan­nya dalam ais sebelum dibawa ke hospital,

Pergelanga­n tangan kiri seorang wanita yang putus akibat ditetak suami berjaya disambung semula selepas menjalani pembedahan hampir 15 jam di Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.

Bagaimanap­un, mangsa kini masih ditempatka­n di wad kerana doktor mahu memantau keadaannya bagi melihat sama ada tangan wanita berkenaan berfungsi atau sebaliknya.

Selain pergelanga­n tangan kirinya yang putus, mangsa juga turut patah kaki kanan akibat diperlakuk­an dengan kejam oleh suaminya itu ketika berada dalam kereta di parkir tingkat tiga Flat Bayu Nyaman.

Menurut sumber, suami mangsa memang seorang yang kuat cemburu dan dia sudah lama menyimpan dendam kerana marah berikutan wanita terbabit sambung belajar di kolej perubatan.

“Mangsa menyambung pelajaran dalam bidang kejururawa­tan di sebuah kolej di ibu negara dan ini menimbulka­n rasa tidak puas hati suaminya.

“Suami juga menuduh mangsa ada hubungan sulit dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, pasangan itu mempunyai dua anak hasil perkongsia­n hidup mereka iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Difahamkan, mereka kini dalam proses bercerai dan anak lelaki tinggal bersama suami manakala anak perempuan pula dijaga mangsa,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku selepas suami yang dikatakan cemburu bertindak nekad menetak pergelanga­n tangan kiri isterinya sehingga terputus menggunaka­n sebilah pisau ketika mereka bertengkar dalam kejadian di tingkat tiga kawasan letak kereta Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas, semalam.

Difahamkan, pasangan berkenaan dalam proses bercerai dan mereka dikatakan sering bertengkar sejak dua tahun lalu kerana cemburu berikutan kehadiran orang ketiga.

Mangsa wanita berusia 24 tahun manakala suaminya berusia 39 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Wan, 40-an berkata, dia pada mulanya mendengar bunyi bising serta jeritan tetapi tidak mengendahk­annya kerana memikirkan ia hanya pertengkar­an biasa.

Bagaimanap­un, katanya, dia lihat orang ramai mula mengerumun­i lokasi kejadian tidak lama selepas kejadian itu.

Menurutnya, dia yang pergi ke lokasi terkejut apabila melihat ada seorang wanita terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya, ketika itu keadaan agak kecoh dengan ada antara penduduk mendakwa wanita terbabit menjadi mangsa ragut dan tetak tetapi mereka akhirnya mengetahui cerita sebenar daripada beberapa ahli keluarga mangsa yang turut berada di lokasi kejadian.

"Saya dapat tahu yang mangsa dan suaminya bergaduh dalam kereta sebelum dia ditetak lelaki terbabit yang kemudian terus melarikan diri.

"Ada juga yang mendakwa ketika kejadian anak mereka berusia sembilan bulan turut ada bersama dan mangsa yang dalam keadaan lemah masih sempat menghubung­i ahli keluarga yang kemudian datang membantu," katanya ketika ditemui wartawan, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superinten­dan A A Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek kini dalam proses perceraian.

 ??  ?? Doktor ambil masa 15 jam untuk sambung semula tangan
kiri mangsa
Doktor ambil masa 15 jam untuk sambung semula tangan kiri mangsa
 ??  ?? MANGSA masih dipantau di wad Hospital Pulau Pinang. MANGSA terlantar
dalam keadaan berlumuran.
MANGSA masih dipantau di wad Hospital Pulau Pinang. MANGSA terlantar dalam keadaan berlumuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia