Harian Metro

SAWAH BENDANGKU

„ Pesta Padi Antarabang­sa Pulau Pinang bermatlama­t selamat kawasan padi daripada dijual

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Pesta Padi Antarabang­sa Pulau Pinang yang diadakan dua hari bermula kelmarin bertujuan memberi kekuatan kepada pesawah bahawa tanaman padi juga boleh dikomersia­lkan sebagai tarikan pelanconga­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela

Ariffin, berkata keluasan sawah padi yang dilihat semakin berkuranga­n di Pulau Pinang menyebabka­n beliau menganjurk­an festival berkenaan untuk menyuntik semangat pesawah.

Beliau berkata, melalui penganjura­n program itu, ia membolehka­n pihaknya mengetahui masalah dihadapi pesawah untuk diketengah­kan kepada kerajaan.

“Festival ini amat penting kerana ia usaha menyelamat­kan tanah untuk penanaman padi daripada dijual pesawah yang kecewa apabila hasil diperoleh mereka tidak seberapa.

“Jadi, kami wujudkan program ini supaya pesawah dapat melihat tanaman padi boleh dijadikan tarikan agro pelanconga­n, sekali gus mewujudkan pendapatan baru,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyedari masalah dan kemelut yang dihadapi pesawah padi hingga memaksa mereka menjual tanah kepada orang lain.

Katanya, beliau akan membawa masalah yang dihadapi itu untuk perhatian pihak kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat, minggu ini.

Sementara itu, Norlela berkata, beliau mendesak kerajaan supaya menubuhkan semula Lembaga Padi Negara (LPN) yang suatu ketika dulu fungsinya lebih baik dalam membantu pesawah.

“Penubuhan LPN ini juga adalah hasrat pesawah apabila melihat lembaga itu dulu banyak membantu mereka.

“Ini kerana LPN boleh menyelesai­kan masalah monopoli padi dan beras yang menindas pesawah apabila mereka memperoleh pendapatan kurang daripada tanaman dihasilkan,” katanya.

Norlela berkata, mengikut laporan kewangan, keuntungan yang diraih syarikat yang satu-satunya mengawal padi dan beras di negara ini mencapai sehingga RM1.81 bilion.

“Apabila melihat kepada pendapatan yang diraih pesawah pula hanya sekitar RM500 ke RM700 bagi penanaman padi per hektar yang ia dilihat sesuatu yang menyedihka­n sedangkan mereka boleh memiliki pendapatan lebih tinggi,” katanya.

LPN boleh menyelesai­kan masalah monopoli padi dan beras yang menindas pesawah apabila mereka memperoleh pendapatan kurang daripada tanaman dihasilkan”

Nurul Izzah

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK menyiapkan dekorasi kerbau daripada jerami padi.
PENDUDUK menyiapkan dekorasi kerbau daripada jerami padi.
 ??  ?? REMAJA India memakai kain pelekat ketika menyertai acara bola sepak.
REMAJA India memakai kain pelekat ketika menyertai acara bola sepak.
 ??  ?? PENDUDUK kampung hadir bagi memeriahka­n festival.
PENDUDUK kampung hadir bagi memeriahka­n festival.
 ??  ?? KAUM wanita mencuba memakai kain batik.
KAUM wanita mencuba memakai kain batik.
 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK menyertai acara menangkap ikan di dalam sawah padi ketika Pesta Padi Antarabang­sa Pulau Pinang di Kampung Terus, semalam.
KANAK-KANAK menyertai acara menangkap ikan di dalam sawah padi ketika Pesta Padi Antarabang­sa Pulau Pinang di Kampung Terus, semalam.
 ?? FOTO: RAMDZAN MASIAM ??
FOTO: RAMDZAN MASIAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia