Harian Metro

3 BALIK KENDURI KAHWIN RENTUNG

Kereta dinaiki terbakar selepas bertembung lori muatan sawit

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

“Malam tadi (kelmarin) saya hubungi ibu namun tidak dijawab dan selepas itu telefon bimbitnya tak dapat dihubungi. Tidak lama kemudian saya dimaklumka­n ibu, bapa serta adik perempuan terbabit nahas ketika perjalanan pulang selepas majlis perkahwina­n sepupu di Matunggong,” kata Charry Sagandal, 27.

Ibu dan bapa Charry, Sagandal Soborong, 59, dan Talina Gunsidat, 59, serta adiknya Racy, 19, rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam nahas di Kampung Hubot, Kilometer 39 Jalan Kudat-Kota Kinabalu, malam kelmarin.

“Hari ini (semalam) sepatutnya emak datang ke rumah di Kota Kinabalu kerana rindu dengan cucunya namun alangkah sedihnya bila dapat tahu mengenai pemergiann­ya.

“Lebih menyedihka­n apabila ayah serta adik bongsu turut pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Tambuluran, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, tiga beranak terbabit rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas bertembung dengan lori.

Charry yang juga anak kelapan daripada 11 beradik berkata, kali terakhir dia menemui ibu dan ayahnya pada minggu lalu ketika mereka datang ke rumahnya di Kota Kinabalu.

“Setiap minggu, kalau bukan ibu yang datang ke rumah di Kota Kinabalu, saya dan suami serta anak (Tickers Delman, 2) akan pulang ke kampung untuk menemui ibu dan ayah.

“Kelmarin (Jumaat lalu), ibu ada beritahu dia akan datang ke Kota Kinabalu kerana amat rindu dengan cucunya,” katanya.

Suami Charry, Delman Budin, 34, berkata, sehingga kini dia masih ingat pesanan ibu mentuanya supaya menjaga Charry dan anak dengan baik.

“Minggu lalu, ketika ibu berada di rumah di Kota Kinabalu dan hendak pulang ke kampung di Tambuluran, ibu meninggalk­an pesan supaya jaga Charry dan Tickers dengan baik.

“Pesanan itu saya anggap tiada apa yang berlaku tetapi saya sangat sedih kerana itulah pesanan terakhirny­a sebelum ibu meninggalk­an kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kontinjen Sabah Superinten dan Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati Proton Saga dinaiki tiga beranak itu dipercayai memasuki laluan lori sebelum bertembung.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat manakala pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? R AC Y
TAL I NA
SAG AN DAL
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebelum mengeluark­an tiga mangsa rentung. Gambar kecil, keadaan lori dan kereta yang terbabit nahas.
R AC Y TAL I NA SAG AN DAL ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebelum mengeluark­an tiga mangsa rentung. Gambar kecil, keadaan lori dan kereta yang terbabit nahas.
 ??  ?? KEADAAN lori bawa muatan kelapa sawit yang terbalik.
KEADAAN lori bawa muatan kelapa sawit yang terbalik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia